Kasihan anakku…

Lama benar rasanya tak post ape2 kat blog nih. Bukan nye ape kadang2 memang takda masa langsung. Dua minggu lepas Kauthar kena nettle rash . Masa mula2 discover yang anakku ini mendapat alergik keturunan keluarga aku ni..aku memang gelabah habis. Tengok muka dan badan habis bengkak merah2. Yang kesiannya sebab Kauthar still very young…dia tak tahan gatal so menangis aje. Aku bawa pegi paeds…tapi paed advice suruh tunggu reda sendiri sebab my son is still too young to get an anti-histamine jab to cure the nettle rash. Memang dulu kalau aku kena je urticaria ni aku akan di beri suntikan anti-histamine oleh doktor. So dengan blur nye aku pun balik la rumah dan memikirkan pada siapakah aku boleh dapat petua or nasihat tentang camne nak cure this urticaria ( dalam bahasa melayu : geli-gata @ gelata @ kelopak garam ) ni secara tradisonal. So bermula la aku meng ‘call’ sume warga emas dalam keluarga ku.
Di sini aku listkan beberapa petua yang diperolehi :

Opah KL ku : Jangan bagi kena sejuk eg: air, air-cond, kipas, ais batu, air sejuk dan adik beradik mereka. Nanti bengkak2 and gatal2 tu surut sendiri.

Wan Yam : Lumur dengan minyak kelapa, baca dengan selawat atas Nabi Muhammad SAW.

Ayahku : Takde apa2 petua, bawa jumpa doktor – sabar je la..

Opahku di Parit Buntar : Ambil bedak sejuk + garam lumur satu badan.

Aku tak berani la nak bantai ikut je petua2 tu so dengan kuasa hujung jari ni aku duk depan PC cari sume available info about this disease and way to cure and prevent it. Dalam banyak2 artikel tu ada la yang menyatakan kalau boleh elak dari sejuk, kerana suhu sejuk meningkatkan aktiviti histamine. So aku pun guna la petua dari Opah KL ku tu..jangan kena sejuk.Lepas dah verify dengan paed Kauthar (Dr.Mahani from An-Nur Bangi) so aku pun telah meng’takmandi’kan Kauthar selama 3 hari iaiatu sepanjang rashes tu still visible. Kesian jugak tengok anakku tu terkulat-kulat rimas sebab tak mandi 4 hari. Kadang2 bila dia tak boleh tido sebab tak selesa, aku buh la bedak sejuk + garam tu biar lega. Lepas 3 hari anakku tak mandi, alhamdulillah surut dan hilang terus semua rashes tu. Baru la aku bagi mandi lepas dah 3 hari memang la masam bau dia hehehe…. tapi masam baby ni tak lah se masam kalau orang tua tak mandi.

Mengikut pengalaman semua ahli keluargaku dari Opah, Ayah, Pakcik2 dan Makcik2 dan sepupu2 dan adik beradik ku yang memang mengidap alergik nettle rash ni, penyakit ni hilang sendiri lepas beberapa tahun ia muncul. Macam aku sendiri first time kena umur 4 tahun and totally disappear at 15. Masa pregnant memang keluar juga rashes ni tapi tak severe macam masa tengah active stage tu. So aku menganggarkan kalau anak aku ikut macam aku la…kesiannya dia,lama lagi baru hilang terus alahan ni. Tapi syukurlah setakat ni memang tak kena serangan lagi lepas bermasam selama 3 hari tu.huhuhu….

Aku sekarang Pengedar Vivix Shaklee and Stokis Vivix Shaklee tapi aku tetap simpan entry ni sebagai kenangan

Aku berdoa pada Allah agar anak aku tak menderita kegatalan macam aku dan kaum kerabatku. Sebab urticaria ni memang la sangat2 gatal. Kalau ade sesape yang penah kena and ade petua nak hilangkan terus penyakit ni, harap sangat boleh sumbangkan petua itu. Tak sanggup tengok Kauthar yang masih kecil tu menangis kemiangan kerana urticaria tu. Hrapanku moga2 itulah kali pertama dan terakhir dia kena gatal2 tu.Insya ALLAH amin.




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017


 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge