Lalat or Lebah?

Aku baru je berkenalan dengan sebuah blog milik seorang ibu yang sangat gigih mempraktikkan pelbagai teknik mendidik anak. Secara kebetulan rupanya penulis blog ni adalah kawan kepada kawan alam siber ku juga iaitu kak Yasmin. Sejujurnya selepas berkenalan dan membaca hasil kerja mereka dalam blog mereka tu, aku terasa sungguh2 kerdil dan macam seolah2 aku ni seorang yang tak tahu ape2. Terlalu banyak ilmu yang terbentang berkenaan pendidikan anak2 ni rupanya. Betapa keciknye aku rasa bila membaca kisah dan kesungguhan mereka yang betul2 dedikasi dalam mendidik anak2.

Seperkara yang mencuri perhatian aku ialah ada antara penulis blog ni yang berkali2 menekankan kalau ada yang tak setuju dengan apa yang mereka praktis tu maka jangan lah proceed baca, seolah2 ditujukan kepada pihak2 tertentu…mungkin la, maaf kalau silap.Kesian pulak tengok diorang siap kena wat templat warning tu…agaknya ada yg ‘hati tak berapa wangi’ yg tak senang hati tengok org lain berusaha keras mendidik anak. padahal diorang kan publish dlm blog diorangsendiri?kalau tak suka @ tak setuju dgn ape yang di post oleh author tu jgn la sampai menjatuhkan semangat org. Tapi rasanya mommies yg kuat & dedikasi ni tak luak pun dgn kata2 org yg suka cari kurang @ salah orang lain.

Kenapa ada saja orang yang suka bersikap macam LALAT?

LALAT

Tahu kan perangai lalat suka mencari benda yang berbau especially yang dah busuk dan yang tak elok. Dah tu siap spread kan bakteria2 dan kuman2 pada benda yang di hinggapnya. Dalam dunia ni memang ramai yang bersikap macam lalat. Sampaikan dalam alam blogging ni pun ada jugak kaum diorang ni.

Tapi jarang sangat dapat jumpa orang yang bersikap seperti LEBAH.

LEBAH
Macam mana sikap seekor lebah? Lebah akan hinggap pada tumbuhan yang bermanfaat, lalu menyedut manfaat itu dan mengumpulnya untuk kebaikan makhluk ALLAH yang lain, termasuk manusia dan banyak haiwan lain yang mendapat manfaat dari sikap lebah yang suka mencari kebaikan ( dalam kes lebah ni kebaikan yang dimaksudkan ialah madu ).

Selalunya (berdasarkan sampel pemerhatian yg sgt kecil la – random survey ) aku tengok atitud mak-mak yang positif ni memang sangat2 berbeza dgn yang negatif.

Yang positif selalunya :

  • Tak meninggi diri / humble.
  • Suka berkongsi dan menyampaikan maklumat.
  • Jarang la nak bagi non-constructive comment.
  • Bersederhana dalam setiap apa yang cuba disampaikan.
  • Anak-anak diorang pun bijak dan cerdik – berkat ibu yang bersikap positif maka ALLAH pun bagi nikmat anak yang senang nak dididik.
  • Kawan2 yang rapat dgn diorang pun positif juga.

Yang negatif pulak tak payah la aku listdown kan camane atitud diorang, mesti la vice versa dgn ape yg positif.

Manusia dalam dunia ciptaan ALLAH SWT mana ada yang perfect. We are just like jigsaw puzzle, setiap dari kita ada kelebihan dan pengetahuan yang dapat dikongsi untuk kebaikan bersama – melengkapi satu sama lain. Jadi belajar2 lah untuk melihat kelebihan org2 yg berada di sekeliling kita, dan belajar2 lah untuk menjenguk ke dalam diri sendiri dan cari apa kekurangan yg ada. Kalau dah asyik tak puas hati kat org, asyik rasa diri sendiri betul, diri sendiri lebih baik, orang lain sumenye tak kena..maka itu simptom2 yang menunjukkan seseorang tu mengidap penyakit HATI (al-qalbu).

Saya ialah Pengedar Vivix Shaklee dan Stokis Vivix Shaklee terbesar di Malaysia

Teringat pesanan seorang lecturer masa kat UKM..katanya :

Biar kita bergaul dengan orang2 yang mempunyai nilai positif, semangat positif dan emosi positif, kerana manusia ni ibarat jasad ber cas yang dipengaruhi dengan cas persekitarannya. Kalau sentiasa bergaul dengan yang positif maka kita pun akan mendapat tenaga2 positif tu dan sebaliknya jika selalu bergaul dengan yang negatif. Itulah kepentingan ber jemaah dalam Islam iaitu untuk membentuk kelompok positif dalam umat Islam.

Dan aku ingin memetik kata2 Prof. Dr. Halina , seorang pakar O&G dari HUKM. Beliau ketika itu menyampaikan talk berkenaan pendidikan anak2. Beliau telah ‘simulate’ kan perihal pendidikan anak2 hari ini dengan cukup bernas (pada pandangan aku). Lebih kurang camni la ape yang dia cakap :

Menempuh zaman yang serba mencabar hari ini adalah ibarat mengharung lautan luas. Kalau pada zaman saya dulu, gelora lautan tak sekuat gelombang hari ini. Ibu dan ayah saya hanya perlu bekalkan dengan sampan dan pendayung untuk saya harungi lautan itu. Tapi hari ni kalau saya bekalkan anak saya dengan sampan dan pendayung yang sama macam yang ibu bapa saya bekalkan pada saya dulu, maka kemungkinan besar anak saya takkan mampu mengharung lautan badai hari ini sehingga ke destinasi, kemungkinan dia akan karam. Maka saya perlu bekalkan anak2 saya dengan bot yang sofistikated, lengkap dengan segala teknologi terkini dan peralatan kecemasan yang canggih. Maka insyaALLAH dia akan dapat mengharung lautan badai sehingga berjaya ke destinasi.

So sama2 la kita fikir adakah kita mampu nak siapkan anak2 kita menghadapi dunia hari ini. Aku salute pada kenalan2 siber ku yang sangat gigih menyiapkan anak2 mereka seawal yang mungkin. Malah aku sgt bersyukur kerana Allah mempertemukan aku dengan mereka di alam siber ni. Semoga aku dapat menjadi kuat dan gigih macam diorang yang tak putus2 menimba ilmu untuk mendidik anak dan juga diri sendiri dalam masa yang sama.caiyok caiyok caiyok.. =)

Kalau ada terkasar bahasa harap maaf ye.




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017


 

1 thought on “Lalat or Lebah?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge