Tunjukkanlah..

Selasa lepas genaplah seminggu oyang meninggalkan kita.Malam tadi (Khamis malam Jumaat) atok buat tahlil yang dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Sedang kami berzikir La Ilaha Illa Allah tiba-tiba datang anak-anak murid atok meramaikan lagi majlis tahlil kecil-kecilan tu,mereka semua tu datang ad-hock nak jenguk atok,diorang pun tak tau ada tahlil.Memang rezeki oyang la untuk dapat sedekah tahlil dari anak-anak murid atok tu.

Lepas selesai tahlil,anak-anak murid atok semua mengucapkan takziah pada atok atas kehilangan ibunya(oyang).Mereka semua quite surprise sebab few weeks ago time diorang datang mengaji kat umah atok,oyang masih sihat and sempat bersembang dengan anak2 murid atok yg perempuan.

Lepas semua dah balik,atok pun sembang2 la dengan ibu.Banyak la yang atok luahkan,tentang betapa atok rasa rugi sebab semasa oyang ada atok tak banyak bersembang engan oyang,atok sebenarnya tak reti nak sembang ape dgn oyang becoz takut tersalah cakap nanti terkecil hati ibu(orang zaman dulu memang jaga betul tutur kata and perlakuan dgn ibu mereka..kauthar&aisyah mesti ikut contoh yang baik tau).Bila oyang dah takde,atok rasa banyak benda yang atok nak cakap pada oyang.Antaranya atok nak beritahu betapa atok sayang sangat pada oyang,atok suka masakan oyang pecal dan pacheri nenas,atok suka dengar oyang bercerita dengan cucu2 dan cicit tentang kisah dulu2,banyak lagi yang atok nak beritahu tapi tak dapat.

Bila ibu dengar atok cakap macamtu,baru lah ibu sedar yang ibu(dan sesiapa juga)mesti menghargai dan MENUNJUKKAN kasih sayang serta penghargaan kita pada ornag yang kita sayang sementara masih ada kesempatan.Sebabnya kita tak tahu bila orang yang kita sayang tu akan meninggalkan kita.Takde sorang pun dalam dunia ni yang tahu bila ajal akan tiba.So sementara masih ada di sisi hargai dan tunjukkanlah kasih sayang kita pada mereka terutama pada IBU dan AYAH.

Selama ni ibu tak pernah peluk atok,time lepas akad nikah pun ibu tak hug atok sebab ibu tak pernah buat gitu.Tapi lepas ni InsyaAllah ibu akan salam,cium tangan dan peluk atok dan opah setiap kali sebelum meninggalkan rumah mereka,mane tau kalau itu pelukan terakhir(na’uzubillah)Ibu masih perlukan mereka untuk memberi kasih sayang dan menegur serta memberi tunjuk ajar pada ibu walaupun sekarang ibu dah berkeluarga.
Ibu taknak rasa menyesal seperti yang ibu rasakan sekarang terhadap oyang.Ibu masih teringat kata2 terakhir oyang pada ibu
“kakyong dah nak balik ke?”…
nada oyang waktu tu sungguh sayu,waktu tu oyang kat umah atok.Ibu terpaksa balik awal pagi sebab Aisyah meragam.Ibu tak sangka itulah kata2 terakhir dari oyang untuk ibu.
Al-Fatihah untuk arwah Mariatul Kattiah binti Sasi

 

Saya ialah Pengedar Vivix Shaklee dan Stokis Vivix Shaklee terbesar di Malaysia




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017


 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge