Wajah kesayangan hamba..

Wahai anakku yang amat ku kasihi sepenuh jiwa dan raga, Muhammad ‘Arif Kauthar ..

 

Ibu berdoa agar kamu kelak akan menjadi seorang ulama’ yang teguh pendirian dan berbakti untuk ISLAM dan ummatnya, seperti tokoh ini..
Al-Marhum Dato’ Ishak Baharum


Almarhum Dato’ Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.

Almarhum mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 – 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, Almarhum menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

Jawatan terakhir Almarhum sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.

Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja di sambung

Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas.

Al-Fatihah buat al-marhum Dato’ Ishak Baharom, seorang ulama’ terkenal, yang teguh memperjuangkan syariat ALLAH walau di uji pelbagai dugaan. Mari sama2 mencontohi beliau, dan berdoa agar generasi akan datang akan dapat mencontohi keperibadian beliau..khususnya anak-anak kita.

Saya adalah Pengedar Vivix Shaklee and Stokis Vivix Shaklee yang terbesar di Malaysia dengan 20 tahun pengalaman Shaklee.

p/s :: Ulama’ adalah pewaris nabi, bermaksud perjuangan ulama’ adalah kesinambungan perjuangan nabi dan rasul menegakkan syi’ar Islam di bumi ALLAH ini. Kita tidak pernah melihat nabi tetapi kita ada ulama’ yang merupakan pewaris mereka.

SaveSave




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017


 

3 thoughts on “Wajah kesayangan hamba..”

  1. dewasa ini amat skit ibubapa yg mahukan anak2nya menjadi ulama..ramainya yg mahukan mengecapi kehidupan glamor sebagai artis..

    aiseeh..ayat skema saya..moga doa IbuKauthar menjadi nyata..ulama’ warisatul anbiya’

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge