Perkembangan Ibrahim

Bismillahirrahmanirrahim

Lamanya tak menulis sejak kali terakhir saya menulis tentang khabar gembira buat Ibrahim. Sebenarnya begitu banyak yang saya nak tuliskan, antaranya ;

  1. Kisah 10 antibiotik dan kaitan dengan peristiwa bengkak hati yang membawa kepada peristiwa muntah darah.
  2. Kisah rawatan alternatif yang kami jalankan terhadap Ibrahim sepanjang di ICU
  3. Kisah remedi luaran (external remedy) yang kami lakukan ke atas Ibrahim.
  4. Kisah pendekatan alternatif spiritual yang kami jalankan ke atas Ibrahim.
  5. Pelbagai rawatan pemulihan secara alami setelah keluar dari ICU.
  6. Kisah Ibrahim yang sedih kerana dipaksa minum susu formula.
  7. Kisah kesedihan saya yang kecewa kerana tidak dibenarkan menyusu Ibrahim.
  8. Diagnosis penyakit Ibrahim yang komplikated.
  9. Pelbagai petanda kebesaran ALLAH SWT sepanjang peristiwa ini.
  10. Ibrahim mendapat derma tabung oksigen

 

Begitu banyak yang ingin ditulis tapi kerana berlengah akhirnya idea hilang begitu saja.

Alhamdulillah hari ini Ibrahim semakin sihat. Ibrahim sudah pun berusia 5 bulan. Setiap kali memandangnya, tak terucap rasa syukur dan gembira kerana anakku ini berjaya pulih dari satu keadaan kritikal yang amat jarang berlaku pada bayi hari ini.

Ibrahim baru saja boleh meniarap kebelakangan ini. Kasihan anakku itu, tiap kali terpusing dia akan menangis. Kadang sengaja saya biarkan dia terpusing meniarap begitu kerana suka mendengar tangisan halusnya itu :)

 

Ibrahim juga semakin kuat menyusu alhamdulillah. Walaupun kalau secara direct dia tak berapa kuat nak suckle, tapi jika beri susu perahan dalam botol, perlahan-lahan Ibrahim mampu habiskan 5oz, alhamdulillah.

 

Kadang nampak dia termengah-mengah minum susu, tapi semangatnya kuat betul….digagahkan juga minum susu sampai habis….itulah Ibrahim yang kuat dan amat bersangka baik dengan ALLAH.

 

ibrahim menyusu

Ini gambar Ibrahim pertama kali menyusu semula setelah keluar dari ICU…..lihatlah pandangan matanya memandang tepat ke arah saya, umpama menyatakan kerinduan yang tidak terungkap……

 

 

Semakin hari ciri unik Ibrahim makin terserlah. Jika anak sulung saya itu seorang yang perfectionist, yang kedua pula seorang yang manja dan cepat merajuk, yang ketiga seorang yang macho dan cool, Ibrahim pula seorang yang suka tersenyum sambil memperlihatkan lesung pipit manis di pipi kanan :)

Dan hari ini Ibrahim makin rapat dengan saya…..

Alhamdulillah…..

Ibrahim juga sekarang sudah ada 2 ibu susuan :)

Alhamdulillah

Terima kasih pada ibu susuan yang sudi mendermakan susu perahan segar buat anakanda Ibrahim.

Dengan susu kalian, dapat Ibrahim terus mendapat kebaikan susuibu di samping susu ibu kandungnya sendiri :)

Setakat hari ini, Ibrahim masih di kuarantin menurut apa yang dicadangkan oleh Dr Lim.

Abang-abang dan kakaknya tidak boleh sebarangan masuk ke dalam bilik. Malah perlu mencuci tangan dengan sempurna sebelum menyentuh Ibrahim.

Maka oleh itu kami telah beli Surgi Scrub Foam, sabun yang anda boleh jumpa hanya di hospital, kini ada juga di rumah kami :)

Bulan depan Ibrahim akan menjangkau 6 bulan, satu usia anjakan dari fasa exclusive breastfeeding ke fasa weaning stage peringkat memperkenalkan makanan pejal secara berperingkat.

Namun sepertimana yang telah saya katakan kepada Puan Kamariah, owner dan pengasas www.susuibu.com ketika kami bertemu di sambutan Hari Wanita Sedunia 2013 , saya bercadang untuk melewatkan pemberian solid food kepada Ibrahim. Kata kak Kam, biarkan tubuhnya kuat sedikit sebelum kita mula perkenalkan perutnya dengan makanan pejal.

Saya bersetuju 100% dengan beliau. Tambahan pula dengan  keadaan liver dan paru-parunya yang baru pulih dan masih membengkak, saya kurang yakin nak berikan solid food terlalu awal (6 bulan). Mungkin saya akan exclusive breastfeed sehingga Ibrahim berusia 1 tahun? atau mungkin2 tahun? :)

Hanya ALLAH yang menentukan.

Begitulah serba sedikit update tentang Ibrahim, In Shaa ALLAH selepas ini saya akan gagahkan untuk menulis dengan konsisten.

Doakan Ibrahim sihat sepenuhnya ya :)

Dan doakan juga bisnes saya yang baru mula nak start semula ni berkembang dengan pesat dan jayanya….aamiin :)

 

Terima kasih

wassalam

 

 




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017


 

3 thoughts on “Perkembangan Ibrahim”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge