Dilema Wanita

Tajuk tu saja je kasi dramatik. Actually wanita yang sedang dalam dilemma itu adalah saya.

 

Tahukah anda kenapa kami setiap minggu lewat nak close date Task? Kerana kami suami isteri amat teruja dengan entry para peserta.

Saya nak share sesuatu yang amat luar biasa, yang berlaku sejak contest ini berlangsung.

Di awal-awal contest, hanya saya seorang sahaja yang terguling-guling membaca dan menilai entry setiap peserta. Setiap hari saya baca entry task yang anda hantar dengan penuh perasaan teruja.

Sehingga semasa saya demam, saya minta suami saya tolong ambil alih tugas berkenaan. Memandangkan kami berdua memang tak berkerja dan hanya menghabiskan masa dengan anak-anak di rumah. Maka suami pun tak keberatan nak bantu saya.

Apa yang berlaku?

Beliau kini bukan sahaja amat berminat dengam blogging, malah sudah pun menyertai pelbagai kelas untuk mendalami bisnes Online.

Waktu malam begini, suami saya akan duduk depan PC sambil membaca entry kalian dan membuat catatan.

Honestly, he is not like this. Saya merupakan seorang blogger sejak 2007 sebelum ber hibernasi terlalu lama. Since 2007 suami saya tak pernah tunjuk minat pun dengan aktiviti blogging. Tak pernah ambil tahu pun.

Kini, setelah berkenalan secara maya denga Khairul Zamri, Cikgu Naman, Tuan Kamil Salleh, Muaz Fariz, Pahan, Paly, dan semua peserta contest (berkenalan melalui task anda :) ) Suami saya juag berminat untuk mendalami bidang bisnes online dan juga blogging.

Rasa Kecik

Kami berdua benar-benar kagum dan terasa kerdil sekali dengan membaca karya anda. Saya membaca karya puan Akma Omar dengan rasa amat impress terhadap beliau. Macam mana orang sehebat beliau sanggup merendah diri menyertai contest blogger picisan seperti saya ini

Oh…..

saya amat berterima kasih kepada anda semua yang sudi menyertai contest ini.

Contest pun dah hampir nak berakhir

Kami berdua

akan amat merindui anda yang menyertai contest ini.

Setelah contest ini tamat, entah bilalah para blogger hebat nak menjenguk lagi blog picisan ini kan?

Alhamdulillah suami saya memberi galakan untuk saya kembali aktif berblog. Sekurang-lurangnya kura-kura ini masih mahu meneruskan perjalanan blogging ini walau tidak selaju arnab :)

Dilemma Wanita

Dilemma itu adalah kerana

Sukarnya nak pilih pemenang

semuanya hebat, dan karya anda itu terlalu bagus, dan saya yakin anda mengambil masa untuk mengarangnya. Bila saya fikirkan itu, rasa nak menangis….( drama queen here )

Rasa nak bagi je iPhone 5S untuk anda semua

Jika saya ada RM1juta hari ini, inshaaALLAH pasti anda semua dapat iPhone 5s setiap seorang

Tapi oleh kerana tahun depan baru saya ada RM1juta, maka buat masa ini hanya seorang peserta yang akan menjadi pemenang untuk both category.

Oh nanti check FB ya encik suami saya sudah mula launch contest untuk peserta FB.

Di sini, saya sebagai penganjur mewakili pihak penaja, ingin  memohon jutaan ampun dan maaf atas banyak kekurangan penganjuran contest ini.

Contest dah nak berakhir

hati ini rasa sangat sayu

di samping berdebar, siapakah bakal memenangi iPhone 5S dan iPhone 5c itu

Terima kasih semua peserta dan pembaca blog ini.

InshaaALLAH mulai hari ni

blog ini akan aktif semula

berkat dapat restu suami, inshaaALLAH

terima kasih blogger semua

terima kasih kerana memberi inspirasi buat kami :)




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017


 

12 thoughts on “Dilema Wanita”

  1. Assalamualaikum….salam sejahtera buat suami-isteri Puan Siti Al’Izzah bersama suami serta anak-anak semoga sihat sejahtera sepanjang masa, walaupun adakalanya sedikit deman dengan contest ini ataupun deman terhadap anak yang masih kecil. Insya Allah…Allah akan melindungi anda sekeluarga dunia dan akhirat.

    Setiap orang akan mengalamai dilema, tidak terkecuali buat seorang wanita atau si isteri. Namun begitu kita masih ada suami di sisi yang sentiasa menolong dan membantu serta dapat memahami situasi kita dalam keadaan tidak keruan. Maklum sajalah masalah ni ia datang tanpa diundang.

    Sedikit pantun buat puan serta suami.

    DILEMA WANITA

    Allah mencipta Adam dan Hawa,
    Untuk dipasangkan ketika keseorangan,
    Bila wanita dalam delima,
    Suamilah yang harus menemankan.

    Wanita dilema sering menghantui,
    Segala kekalutan sering ditangisi,
    Tatkala suami sering menemani,
    Sepanjang masa mempelawa diri.

    Hati memberontak mengenang nasib,
    Apakah ada sinar kebahagiaan,
    Wanita mithali sentiasa tertib,
    Menjagai anak seringkali deman.

    Hidup serumpun bahagia bersama,
    Kekal bahagia ke hujung nyawa,
    Berkat muafakat hidup teruja,
    Aman kehidupan kekal selamanya.

    Jangan memberontak tak keruan,
    Harus bersabah ingatkan Tuhan,
    Suami dan anak-anak cahaya kekuatan,
    Dapat meneruskan pancaroba kehidupan.

    Wanita dilema tabah jiwanya,
    Kekentalan hati menepis sensara,
    Walau dianggap ayunan buaian,
    Tetapi boleh mengoncang dunia.

  2. Maaf pun tetiba aje komen dipublish/diterbitkan belum sempat nak sudahinya. Apapun semoga puan Siti Salwa dan suami serta naka-anak dilindingi Allah taala, diberkati serta dipermudahkan rezeki yang melimpah ruah.

    Akhir kata, kemaafan dipinta jika ada terkasar bahasa sepanjang titip-titip mutiara kata di tulis di ruangan blog ini.

    Wassalam…

  3. Setuju 100% dengan Pn Penganjur..

    Kalau saya di tempat puan, pasti saya pun dalam dilema sebab banyak entry yang bagus2 terutamanya dari kalangan otai2 blogger…pada mulanya saya nak tarik diri selepas terpilih untuk ke Task 1 sbb peluang nak menang mmg kecil (1% pun tak sampai kot..hehe) memandangkan entry dari otai2 amatlah ‘terbaik’, tapi akhirnya saya teruskan juga dengan niat untuk memeriahkan dunia blogger di samping mempelajari sesuatu dari otai2 ini melalui entry mereka..

    Dan hari ni, saya berpuas hati dengan keputusan saya untuk terus join contest ni sbb saya dapat mengenali dan mengangumi mereka2 seperti Pn Akma, En Kamil Salleh, Cikgu Naman dan peserta contest lain…

    Tahniah pd Pihak penganjur dan terima kasih tak terhingga…teruskan usaha anda dalam menjayakan contest ini…:)

    1. Taklah otai sangat…tapi melalui pengalaman dan pembacaan di blog-blog yang famours dan belajar daripada mereka dengan bertanya sesuatu apa yang kita tidak faham. Ilmu ini luas dan harus dikongsi jika bermanfaat dan harus bertanya jika kita tidak mengetahui sesuati. Kita boleh berforum, bersosial di Facebook, twitter dan di mana-mana saja tempat yang boleh dibincangkan.

  4. Cik Puan jangan risau …

    Kami akan sentiasa sokong .. biarpun contest berakhir.. itu bukan bermakna kami tidak berkunjung ke blog ini cik puan..

    ..tetapi itu bermakna satu langkah kehadapan untuk lebih lanjut berkenalan dan sentiasa support..

    teruskan maju kehadapan, usah pandang kebelakangan.. blogging ini seronok bila ada network dan kita dapat berkenalan sesama blogger di alam maya.

    -Muaz

    1. Betul tu Muaz…saya mengenali Muaz pun melalui blog dan FB. Saya pun bayk bertanya padanya dan ada download ebook percuma yg bro berikan secara percuma. Ia memberi banyaka info tentang sesuatu blog.

  5. Puan Siti Salwa tak perlu risau… saya sentiasa akan mengunjungi blog ini walaupun setelah berakhir contest. Perlu banyakkan tip2 berkaitan kesihatan dan kebaikan sesuatu produk supaya pelawat boleh terus berkunjung ke sini.

  6. Sedih pulak baca entry ni. Rasa macam dah lama kenal akak walaupun baru beberapa bulan kenal akak. Alhamdulillah suami akak berminat nak blogging dan bisnes online. Tak rugi bisnes online ni. Rasa tenang dan bebas sikit dari kerja di pejabat atau kerja bawah orang. Lepas contest ni jgn risau kami sentiasa melawat blog akak ni. Lagipun saya memang respect dengan akak yang bekerja sendiri je dari rumah. Semoga rezeki akak sentiasa melimpah ruah.

    Buat para peserta semoga berjaya. Untung la siapa yang dapat iPhone tu nanti. Huhuhu..

  7. Assalam….

    Terharu saya baca artikel Puan ini. Saya bkn org yg hebat…sekadar memeriahkan sahaja kebetulan saya amat meminati bidang penulisan sambil berkongsi sedikit pengalaman. InsyaAllah tali silatulrahim antara kita tidak akan putus, saya sentiasa support blog ibu yang sentiasa gigih ni…terima kasih Puan bagi peluang kepada saya untuk mencuba begitu juga kepada semua rakan-rakan blogger. :)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge