Monolog seorang hamba yang lesu imannya

Aku singgah ke rumah saudara dekatku untuk menyampaikan beberapa hadiah yang dikirimkan oleh tuan aku buat saudara aku ni.

Aku singgah pun tak lama, sebab tuan aku bagi masa 30 minit je untuk selesaikan semua amanah aku.

Namun, tak sampai 10 minit aku duduk, saudara aku dah sibuk sebut tentang kawannya yang akan datang lagi 20 minit dari sekarang.

Tak habis-habis saudara aku ni membuat persediaan menyambut tetamu yang bakal datang lagi 20 minit.

Aku yang sedang duduk di rumahnya ini dibiar saja, hadiah yang dikirimkan oleh tuan aku pun tak dipandang langsung oleh saudara aku ni.

Tak berhenti dia memandang jam tangan dan mulutnya tak habis-habis menyebut tentang betapa seronoknya perasaan dia nak menerima tetamu yang akan datang selepas aku.
Kerana aku memegang amanah, aku tetap saja di rumahnya sehingga habis masa, sambil hadiah yang dikirim langsung tidak dipedulikan oleh saudara aku.

Lalu setelah 30 minit, aku beransur pergi.

Bersorak saudaraku menyambut kepergianku dan kedatangan tetamu yang ditunggu-tunggu itu dengan dentuman bunga api dan iringan lagu merdu.

Aku kembali kepada tuan aku,

Membawa hadiah yang tidak diendah oleh saudaraku.

Telah 31 tahun aku hadir dengan hadiah yang sama dan masa yang sama, begitu jugalah layanan saudaraku kepada aku.

Takpe, tahun depan aku pasti datang lagi, sama seperti waktu ini, bersama hadiah yang sama, dalam tempoh masa yang sama juga buat saudaraku.

 


Sehingga tiba saat, bila tuan aku mengatakan : 

sudah tiba masa saudaramu balik kepada AKU

semoga sebelum tiba waktu itu, saudaraku sempat menerima dan memanfaatkan hadiah yang di beri oleh tuan aku 

——–

 

Begitulah hakikatnya, bagaimana aku melayani Ramadhan yang hadir dengan jutaan rahmat kiriman ALLAH hadiah buat kita.

 

Tidak sabar sungguh aku nak menyambut Syawal

 

Tak putus mulut aku menyebut selamat hari raya sedang Ramadhan masih di sini.

 

Tak penat dan tak lelah aku membuat persiapan hari raya yang mana hari raya itu cuma sehari, namun aku sangat lelah untuk menyambut hadiah ALLAH yang ALLAH beri peluang selama 29 atau 30 hari.

 

Tiba saatnya di hari mati aku nanti, pasti menjerit roh aku memohon dikembalikan ke dunia untuk berpeluang bertemu Ramadhan, kerana aku sedar, dengan pendeknya umurku, dan buruknya amalanku, tanpa peluang keampunan dan rahmat yang ALLAH beri untuk aku guna sebaiknya dalam Ramadhan agar aku terlepas dari neraka,

 

aku seumpama sudah tahu, di sana nanti, di mana kedudukan aku..

 

ya ALLAH……ampunkan kami wahai ALLAH

 

ya ALLAH….terimalah segala amal soleh dan ibadah yang kami lakukan….

 

ya ALLAH, panjangkanlah umur kami agar dapat bertemu dalam Ramadhan tahun hadapan dan dapat bertemu dengan lailatul qadr dalam Ramadhan tahun hadapan dalam keadaan paling cemerlang di sisiMU….

 

amiiin

 

 

 

 

 




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017


 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge