Tips Beranakkan duit sampai berpinak by the genius Raja Kamil

Antara IM yang saya masih follow dari zaman saya zero dalam bidang bisnes internet sehingga ke hari ini adalah tuan Raja Kamil. Bagi saya beliau sentiasa ada idea yang fresh dan out-of-the-box tentang pelbagai perkara termasuk kehidupan secara keseluruhan, kewangan dan marketing of course!.

Semalam di wall Facebook beliau, Raja Kamil telah berkongsi satu Tips untuk memberanak pinakkan wang. Tips beliau amatlah relevant dan APPLICABLE buat kami yang setiap hari masak dan makan di rumah dan juga BERKERJA mencari rezeki dari rumah.

 

Saya copy dan paste status berkenaan untuk di abadikan dalam blog ini untuk rujukan saya dan suami.

 

Duit Beranak Pinak
(Khas untuk usahawan)
————————–
1. Beli barang dapur, cukup untuk 10 hari.
2. simpan semua kad ATM/Bank
3. Jangan keluar duit, jangan tengok baki akaun bank
4. keluar duit siap-siap untuk minyak
5. bayat tol guna touch n go
6. buat untuk tempoh 10 hari
7. bila customer bank in, boleh cek duit masuk, tapi jangan cek berapa baki
8. tangguhkan travel ke hari lain, sebolehnya elakkan travel dalam tempoh ni
9. bisnes buat macam biasa.
10. jangan belanja apa-apa dalam tempoh ni, walaupun sebiji gula-gula
11. selepas 10 hari, cek akaun anda
12. sepatutnya, ada banyak pertambahan berbanding 10 hari sebelum ni

Bincang
————
1. income masuk macam biasa
2. yang anda ubah ialah, aliran keluar
3. jika sebelum ni, kadar aliran keluar wang anda adalah RM3 seminit
4. sekarang, mungkin diturunkan ke RM1 seminit
5. duit lambat keluar + income = duit banyak tersimpan
6. duit lambat keluar + income laju = duit banyak giler tersimpan

Tak percaya?
Cubalah ……..

Saya pernah buat selama 50 hari.

 

Selain dari Tips ini, sebelum ini RK turut pernah berkongsi berkenaan bagaimana nak ‘PUSH’ diri agar menyimpan lebih banyak dan menggunakan modal insan yang ada untuk hasilkan pendapatan harian untuk kegunaan sehari-hari

 

 

 

ok yang ni saya terpaksa guna bahasa sendiri sebab saya tak dapat korek di wall FB beliau.

 

 

 

Kata RK :

 

Simpan semua wang dalam Tabung Haji dan lihat bagaimana anda akan terkejut dengan kebolehan diri sendiri untuk mendapatkan hasil setiap hari

 

 

eheheh

 

lebih kuranglah ye

 

 

kalau ikut undang-undang ilmu hadith, FAIL terus saya untuk jadi perawi hadith

 

hehehe

 

ok back to topic

 

saya berkenan betul dengan kedua-dua idea

 

 

nak taknak mulai bulan ni memang TERPAKSA PAKSA DIRI untuk keluarkan apa yang ALLAH dan equipped diri ni untuk penuhi keperluan hidup dan bayar hutang of course

 

 

 

semoga perkongsian ini bermanfaat

 

 

jumpa lagi dalam sesi copy-paste akan datang

 

 

Assalamualaikum :)

 

 




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017


 

2 thoughts on “Tips Beranakkan duit sampai berpinak by the genius Raja Kamil”

  1. Dulu saya konsisten monitor semua perbelanjaan keluar dan pendapatan yang masuk, belanja 10 sen pun rekod gak… Memang teratur semua kewangan waktu tu…

    Nak kena mula balik nampaknya selepas baca perkongsian puan ni… :D

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge