Ibrahim dah 2 tahun alhamdulillah

Alhamdulillah hari raya aidiladha yang lepas aakanda kami Ibrahim genap berusia 2 tahun. Alhamdulillah, sujud syukur pada ALLAH atas kurniaan pinjaman anakanda Ibrahim yang sihat dan soleh buat kami suami isteri….

 

Tiada sambutan besar-besaran yang dilakukan, sekadar memberi ucapan dan doa selamat buat Ibrahim dengan acara potong kek carrot yang dihadiahkan oleh kak Norasiah Mohd…. alhamdulillah melimpah ruah rezeki Ibrahim…. kami ibu ayahnya pun menumpang rezeki Ibrahim….

 

Banyak sangat yang nak dicoretkan, banyak isi hati yang diluahkan, banyak rasa yang inign dikongsikan namun bila jari mula menaip, semua rasa dan isi hati yang ingin dicurahkan lenyap, umpama bersembunyi dalam subconscious mind, dan hanya nyata dalam mimpi saat tidur lena.

 

Biarlah kisah perjuangan Ibrahim untuk hidup dahulu menjadi simpanan kemas kami, kerana terlalu banyak dan dalam untuk diluahkan…. bagaimana tarbiyah ALLAH saat itu membentuk saya hari ini yang baru dan berbeza….

 

 

Alhamdulillah, terima kasih ALLAH atas aturan perjalanan hidup ini yang amat indah

 

 

Selamat hari lahir kedua buat anakanda Ibrahim….. kamu dan semua anak-anak ibu adalah nyawa dan nafas ibu….

 

 

 

 




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017


 

1 thought on “Ibrahim dah 2 tahun alhamdulillah”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge