Kebaikan Ostematrix Shaklee dan Testimoni dari saya

Pengalaman saya makan supplement kalsium Shaklee ni dah lama. Dulu namanya bukan Ostematrix Shaklee tapi Calcium Magnesium. Masa tu umur saya pun masih muda belia lagi, baru 12 tahun (sekarang dah 32 tahun). Ayah saya bekalkan suplemen kalsium Shaklee ni untuk kitorang adik beradik. Masa tu tak alert sangat apa kebaikan dan kelebihan Ostematrix Shaklee ni yang saya tau  badan memang segar dan cergas, dan paling best ialah saya sangat senang bangun pagi.

Ostematrix Shaklee
Ostematrix Shaklee iaitu pil supplement kalsium Shaklee. Ada juga yang eja Osteomatrix.

Masa dulu zaman tahun 90-an kami panggil namanya Calcium Magnesium. Pil kalsium bulat warna putih itu menjadi kewajipan untuk kami ambil setiap kali sebelum tidur. Saya taat je ambil supplement kalsium ni sampailah zaman university, masa tu namanya tukar jadi Ostematrix.

Kebaikan yang saya rasai hasil konsisten ambil Ostematrix Shaklee.

1) Gigi sangat kuat. Alhamdulillah, saya tak pernah tahu pun perkara ni sehingga usia 27 tahun. Masa tu dah ada 2 anak dah. Hihihi. Saya pergi jumpa dentist sebab tiba-iba da keluar satu gigi geraham berlapis. Masa dentist nak cabut geraham yang lama tu, dentist sebut. “Gigi u ni kuat betul akarnya, ini gigi susu rupanya, umur dah tua pun masih kuat”

 

Terkejut la saya masa tu, Ada ke umur 27 tahun masih ada gigi susu, boleh geng dengan anak sulung dah waktu tu…hihihi. Masa tu dentist tu kata saya ni mesti kuat minum susu, padahal tak pun, saya masa kecil dulu orang susah duduk kawasan Flat Sri Kota masa kecik, membesar sama macam budak melayu lain…takde la macam anak orang putih yang hari-hari minum susu.. saya masa kecik selalu makan jajan.. hihihihi.

Ostematrix Shaklee
Alhamdulillah gigi kuat dan tak luruh / gugur pun masa pregnant berkat makan Ostematrix Shaklee dengan konsisten

 

2) Elak sembelit masa hamil – alhamdulillah yang ni yang saya sangat bersyukur. Rata-rata bila dah jadi mak ni saya dengar komen kawan-kawan semuanya sembelit masa hamil. Ada pregnant mom yang sembelit teruk sangat sampai keluar buasir. Dah la buasir keluar pastu berdarah pulak tu. ALLAHu akbar, memang banyak la pahala ibu hamil ni…

 

Saya tak merasa begitu. Alhamdulillah. Bila dah mula share kebaikan Shaklee ni, saya belajar dan baca rupanya magnesium yang ada dalam suplemen Ostematrix Shaklee ni membantu usus bergerak dengan konsisten dan sihat walaupun semasa hamil. Sebab tu le ibu yang ambil kalsium Shaklee Ostematrix selamat dari mengalami sembelit. Alhamdulillah.

Cara elak sembelit semasa hamil
Bebas dari Sembelit dan buasir semasa hamil dengan istiqamah makan Ostematrix Shaklee 

 

3) Elak kejang masa hamil – ni pun satu rahmat dari ALLAH, alhamdulillah. takde kejang-kejang kebas-kebas yang biasanya di alami oleh ibu hamil. Mungkin berkat saya konsisten makan pil kalsium Ostematrix Shaklee ni 4 biji sebelum tidur setiap hari.

 

4) Bebas dari bengkak kaki dan sembab masa hamil – banyaknya cerita masa hamil je ye. Alhamdulillah ini antara yang saya rasa amazed. Setakat 5 kali pregnant ni, alhamdulillah saya belum pernah alami kaki bengkak atau edema masa hamil. Malah badan dan muka pun tak sembab.

 

Kalau orang tengok, orang tak tau saya pregnant kot, orang ingat saya ni perut buncit biasa je sebab gemuk agaknya…hihihi… masa bersalin anak ketiga baru saya tahu yang mak yang mengandung ni biasanya akan alami kaki bengkak atau edema. Bila saya cerit saya tak pernah alami, orang tak percaya pun..hihi takpe pun kalau diorang tak percaya sebab ALLAH tahu… kalau kaki ni tak aurat nak je amik gambar kaki sendiri dan share…macam pelik je kan..hihihi

 

5) Pembuangan lawas dan lancar di toilet – ini adalah kebaikan yang di alai sepanjang masa tak kisah la masa pregnant atau tidak. Ambil 4 biji sebelum tidur, pukul 5 pagi je dah rasa nak membuang. Alhamdulillah tak perlu nak meneran pun, bernafas je atas bowl dan lawas je perjalanan bahan buangan. Barulah rahim pun sihat dan cantik bila kita orang perempuan ni tak meneran-neran sokmo. Tahukah kita wahai wanita, setiap kali kita meneran-neran walaupun untuk buang air, rahim kita akan affected…. ha itu sebab nanti ada kes rahim turun dan sebagainya. Nak elak perkara ni, elakkan sembelit supaya tak perlu meneran-neran masa buang air.

 

6) Tidur lena dan mudah bangun pagi : siapa yang suka bila tidur lewat pun kita mudah nak bangun pagi untuk solat subuh dan bersiap untuk tugas harian? Saya sangat suka :) Bestnya makan Ostematrix ni ialah dia bagi kita punya otot fully relax masa tidur tu. Segala tekanan dan stress yang dialami masa siang hari, akan di redakan masa kita tidur inshaaALLAH, jika kita makan kalsium. Sebabnya kalsium Ostematrix Shaklee ni ada sifat natural tranquilizer. Bila kita tidur dengan otot yang benar-benar rehat, nak bangun pagi pun senang, Itu rahsianya kenapa ramai orang yang makan Ostematrix Shaklee komen diorang senang bangun pagi, walau tidur 4 jam je tapi bangun pagi tu rasa segar. alhamdulillah.

 

Itulah sedikit sharing testimonial saya sendiri berkenaan kelebihan dan kebaikan yang saya rasai hasil mengambil Ostematrix Shaklee sebagai supplement kalsium saya.

 

Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya di 013 310 1221

 

 

Terima kasih kerana sudi membaca :)

 

 

PENGEDAR SHAKLEE DI CHERAS, BANDAR TUN HUSSEIN ONN, BANDAR TUN RAZAK




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017


 

1 thought on “Kebaikan Ostematrix Shaklee dan Testimoni dari saya”

  1. Pingback: Misteri ala matrix di malam hari

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge