Menurut ulama’ solat dhuha ini adalah banyak manfaatnya untuk kesihatan sendi dan otak. Antara manfaat solat dhuha yang jarang orang sebut ialah : ELAK NYANYUK

Waktu Solat Sunat Dhuha
Lazimnya bila cakap pasal solat dhuha orang cakap pasal kaya dan rezeki = ini pun sangat betul
Ada ulama’ yang mengatakan, bila solat dhuha 2 rakaat, terangkat 1 halangan rezeki, lagi 2 rakaat, terangkat lagi satu halangan
begitulah digalakkan solat sunat dhuha samada 2 rakaat, 4 rakaat, 6 rakaat, 8 rakaat atau 12 rakaat (maksimum)
saya personally ada kenal ustaz yang amalkan solat dhuha 12 rakaat, beliau memang tak kerja,beliau kerja full time dengan ALLAH ie: hanya dakwah saja, tapi mashaaALLAH rezeki berlimpah ruah. :)
Cara Pelaksanaan Solat Sunat Dhuha
waktu ; between jam 8 pagi – 11 pagi
niat (masa angkat takbir, niatkan dalam hati : Aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH)
rakaat pertama : al Fatihah dan surah As-Shams
kalau tak reti baca surah as-shams, baca je surah yag kita reti
rakaat kedua : al Fatihah dan surah ad-dhuha
kalau tak hafal, baca je surah yg kita tau
lepas habis solat boleh baca doa ni :
(ni versi panjang yang saya hafal, bukan versi nasyid tu, versi ni yang diajarkan masa sayasekolah pondok)
Maksud Doa Solat Dhuha
Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu
Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, maka turunkanlah ia
dan jika ada di dalam bumi, maka keluarkanlah ia,
dan jika di dalam air maka timbulkanlah ia
dan jika ia lambat maka segerakanlah ia sampai padaku,
dan jika ia sukar maka mudahkan dan senangkanlah ia untuk sampai kepadaku,
Jika masih jauh maka dekatkanlah
dan jika haram sucikanlah
dan jika ianya sedikit maka banyakkanlah ia untukku
kemudian berkatilah ia untukku
dan sampaikanlah rezeki2 itu kepadaku , jangan jadikan aku yang mengejar dan pergi kepadanya
dan jadikan tanganku tangan di atas dengan member kepada yang memerlukan, dan jangan jadikan tanganku tangan yang dibawah yang meminta2….
Sesungguhnya wahai ALLAH ENGKAU lah yang berkuasa di atas setiap sesuatu
Dan Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh
kemudian kalau nak buat 4 rakaat, ulang lagi 2 rakaat macam di atas..
selamat beramal dan semoga bermanfaat :)
Related
Trackbacks/Pingbacks