Pengalaman Bercuti Ke Istanbul Dengan Trip VIP Tajaan Shaklee

Pengalaman Bercuti Ke Istanbul Dengan Trip VIP Tajaan Shaklee

Pengalaman Bercuti Ke Istanbul Dengan Trip VIP Tajaan Shaklee Pada April 2018, alhamdulillah saya dan suami dijemput oleh ALLAH untuk menjadi tetamuNYA mengerjakan umrah melalui tajaan Shaklee.Sebelum mengerjakan umrah, Shaklee telah membawa kami seramai lebih kurang 27 jemaah untuk menziarahi bumi Turki.

 

 

Asalnya kami boleh je pilih trip tajaan Shaklee ke Jepun, tapi sebab kami belum pernah buat umrah, so kami pilih tri umrah dan ziarah Turki ni

Ready nak fly

Sukanya Inche boss itu

Nervousss

 

Saya dan suami berangkat ke Istanbul dengan pesawat Turkish Airlines. Masa tu perasaan bercampur baur, sedih dan sayu kerana memikirkan 6 anak yang ditinggalkan sementara, kami berdua menjalankan bisnes online dari rumah sepenuh masa. Jadi anak2 sentiasa dengan kami setiap hari 24 jam. Masa pesawat berlepas tu, air mata mengalir laju. Perasaan syukur tak terhingga kepada ALLAH kerana dapat terpilih mengikuti trip melancong 5 bintang tajaan Shaklee ni.

MINE VS HIS

mAKANAN ATAS FLIGHT tURKISH aIRLINES SEDAP SEDAP BELAKA

 

 

Selepas 11 jam penerbangan, alhamdulillah kami selamat mendarat di airport Attarturk. Sepanjang penerbangan tu saya tidur aje. Bangun pun untuk solat je.Nak makan pun tak lalu sangat sebab mengantuk.. hehe

 

Sampai di Istanbul, kami landing di airport Attarturk yang terletak di bahagian Turki bahagian Eropah. Seperti yang kita tahu, Turki ada dua bahagian, di benua Erpah dan di Benua Asia.

 

Pemeriksaan imigresen di airport ni mengambil masa agak Panjang. Barisan Q pelancong yang memasuki Istanbul amatlah Panjang. Pada awalnya kami terkejut melihat betapa ramai manusia di imigresen.

 

Baru landing, nak pegi imigresen Istanbul, punyalah ramai umat manusia..

Yeay dah selamat lepas imigresen, lets have breakfast

Food glorious food, tapi takde nasik lemak le ye..hehe

cof

cheeseeee, lots of cheese

condiments

quaker oat kot?

sini pun ada samosa

cheseee

grilled halloumi cheese sedapppp

MANCHEGO CUBE CHEESE SIMEERED IN OLIVE OIL YANG SEDAPPP YA AMATTT

nfd

nfd

BAS SHAKLEE

HOTEL TEMPAT KAMI BREAKFAST : WOW ISTANBUL

Alhamdulillah staff dari syarikat travel agency tu sangat cekap, mereka berurusan terus dengan kastam imigresen dan delegasi kami dapat melalui pemeriksaan imigresen dengan lancer.

 

 

Selepas selesai proses imigresen, kami dibawa menaiki bas VIP coach untuk bersarapan di Hotel Wow Istanbul.

Dari situ kami dipandu Bert, pemandu pelancong warga Turki yang amat fasih berbahasa Inggeris

 

 

Mula2 kami kat sana terus cari nasi atau pasta tapi sayangnya langsung takde pasta atau nasi.

Yang ada ialah pelbagai jenis roti dan cheese.

 

Saya pilih manchego cube cheese in olive oil makan dengan salads dan buah. mashaaaLAH sedapp sangat manchego cheese ni… bertambah2 saya makan. Bert Nampak saya makan macam tak ingat dunia tu, teus dia tegur : mem you really can move to Istanbul coz I can see that you love cheese so much

 

Hehe segan betul masa tu

 

Lepas makan, Bert bawa kami ke Pier Lotti. Satu Kawasan Tarikan pelancongan di Istanbul

 

Pierre Lotti ni terletak di Kawasan Bukit yang ada perkuburan VIP. Dan yang best ialah di situ ada cable car.

 

Romantic oh?

ORANG TUA BERCINTA DI PUNCAK PIERE LOTTI

Team SuperStars di puncak pierre lotti

manis manis gitu

with helen, president shaklee malaysia

 

Bert bawa kami ke pierre loti agak awal, so di situ takde pelancong lain selain kami. Best sangat di puncak pierre loti tu kami boleh Nampak jelas 2 alur selat yang bertemu, dipanggil The Golden Horn

Pemandangan di sini sangat cantiK

 

Di puncak pierre lotti tu ada banyak café dan kedai cenderamata.

 

Shaklee belanja kami minum Turkish tea di situ

 

Lupa nak cakap, suhu kat sana lebih kurang 9 degrees masa kami sampai. Sejuk2 tu pekena Turkish tea pulak, memang masyuk betul.

 

Lepas dah jalan2 kat pierre loti, kami bergerak menuju ke Masjid Sultan Ahmet atau Masjid Biru. Inilah mercu tanda Turki. Kalau dating Turki tapi tak bergambar kat sini, memang kena repeat la jawabnya..

Masjid Biru ni terletak bertentangan dengan satu lagi mercu tanda Turki iaitu Hagia Sophia.

Masa kami sampai di sana orang dah mula ramai.

Kami nak masuk ke masjid biru tapi tak boleh sebab sedang renovation

So amik gambar aje lah.

Kebetulan masa tu ada festival tulip sempena menyambut musim bunga, depan hagia Sophia tu ada dataran tulis yang sangat cantic

Kami nak masuk ke hagia Sophia pun amik masa yang Panjang sebab kena beratur melalui pemeriksaan keselamatan

Bert bagitahu, Hagia Sophia tu asalnya masjid, tapi lepas tu ada yang claim HS sebagai church, ada yang claim tempat ibadah yahudi. So selalu berlaku kekecohan dalam tu bila ada extremist yang masuk

Sebab tu dikenakan pemeriksaan keselamatan yang ketat macam di airport.

 

Masuk hagia Sophia tu, agak sesak juga sebab tengah renovation jugak dalam tu

Tapi perasaan sayu tiba2 menerpa sebab Nampak senibina Islam zaman Turki Uthmaniyyah,

Tiba2 rasa sebak, dulu ISLAM sangat gah dan masyhur.. sehingga runtuhnya kerajaan khalifah Islam terakhir

Pengalaman Melancong ke Istanbul yang sangat manis

Masjid Biru, Istanbul, Turki

Festival Tulip depan entrance Hagia Sophia

 

Di Istanbul sangat banyak penjual pastri macam ni, Saya ada try beli, sedap juga sebab tak manis

 

Bert bagi briefing sikit

Nak masuk Hagia Sophia

 

Festival Tulip depan entrance Hagia Sophia

 

Finally, alhamdulillah.. dalam Hagia Sophia… sebakkkk sangat2

Di exit gate Hagia Sophia ada kedai souvenir, situ ada jual banyak postcard cantik2, harga agak mahal tapi sini je yang saya jumpa ada postcard comey2

Masjid Biru, Istanbul, Turki

 

Pengalaman Melancong ke Istanbul yang sangat manis

 

Lepas melawat hagia Sophia kami dibawa ke restoran berdekatan untuk lunch sebelum ke spice market

Makanan lunch kami hari tu ialah roti pita dengan pelbagai jenis daging dan salad. Saya suka sangat dengan hidangan hari tu sapa yang tak habis makan, saya ambil dan habiskan..hehehe

 

 

Lunch. kat restoran ni hanya ada kami je kat level tu. sangat exclusive layanan yang Shaklee bagi kepada leaders

 

RESTORAN TEMPAT KAMI LUNCH

Lepas lunch kami ke spice bazaar

Best betul kat sini sebab orang tak ramai macma di grand bazaar.

Nak shopping pun tenang aje

Rakan kami yang dah biasa dating Turki rekemen kan 1 kedai kat situ, Namanya CIKITA, kedai nombor 18

Di sana kami dapat test pelbagai jenis tea dan Turkish delight yang jarang jumpa kat Malaysia

Staff cikita bagi saya rasa tea eucalyptus, mashaaALLAH rasa dia sangat cooling, terus rasa bersih suci murni saluran tekak dan pernafasanku waktu itu

Habis banyak jugak la ber shopping di situ

Puas hati sangat2.

SPICE BAZAAR, KENA PEGI KEDAI CIKITA NI, HIGHLY RECOMMENDED!

 

 

 

Habis shopping di spice market barulah kami di bawa ke hotel kami di ShangRi La Bosphorus

Masa kami check in, sekali lagi ada pemeriksaan keselamatan dengan anggota keselamatan siap rifle bagai

Rupanya sebab malam tu ada majlis wedding dan tetamu VVIP nya ialah Presiden Turki iaitu Recep Tayyip Erdoğan

Sebab kami dah keletihan, tak kuasa nak peduli Erdogan ke sapa, hehe yang penting nak check in bilik dan nak landingggg

Sebelum check in bilik, kami dijamu welcome drink yang sangat refreshing. Bestnya hotel ni, memang class sangat

Mujurlah pergi dengan trip tajaan Shaklee. Kalua pergi dengan duit sendiri fikir banyak kali jugak. Rate hotel ni satu malam RM2000. Rupanya sebab ni antara hotel ternama di sana, betul2 di pesisir selat bosphorus yang bersejarah tu. Buka tingkap terus Nampak selat bosphorus

Memang awesome sangat

Lepas dah check in dan solat, takde lain dah, kami tidur tak sedar, tak dinner pun sebab keletihan ya amat

Sedar2 dah jam 4 pagi, dah waktu solat subuh kat sana. Untunglah tak dinner sebab jimat duit shopping yang Shaklee bagi..hehe

 

LOBBY HOTEL SHANGRI-LA BOSPHORUS.. HOTEL YANG SANGAT MEWAH

Cantiknyaaa hotel ni

WELCOME REFRESHMENT BY HOTEL

DEPAN HOTEL SHANGRI LA BOSPHORUS. ACTUALLY NI GAMBAR LAST DAY… HEHE

Masuk bilik ada envelop, kami dapat duit belanja dari Shaklee. ni duit belanja untuk dinner malam tu.. ikut kamilah nak makan apa.. best best best

bilik dan katil yang memanggil manggil… oleh kerana teramat letih dan mengantuk, tak larat nak amik gamba

belum habis lagi, banyak hadiah Shaklee bagi, duit lagi,, souvenir lagi, produk untuk elak sakit masa travel pun disediakan… alhamdulillah

 

Hari kedua kami sarapa di hotel, ya aLLAH bestnyaa

Saya paling suka grilled halloumi cheese dan salted beef. Jangan lupa minum ayran, minuman tradisi orang turki. Tapi jangan minum banyak sangat nanti kembung perut sakit kepala.. hehehe

cof

yummyy sangat2

Breakfast kami di hotel pada hari kedua

nfd

 

PENGALAMAN MELANCONG KE ISTANBUL

 

 

 

Lepas breakfast kami dibawa berjalan kaki menyusuri selat bosphorus sebelum ke tempat tarikan utama hari kedua iaitu taman bunga di Istanbul : emirgan korusu

 

 

Kami bertuah sebab masa kami sampai, masa tu musim bunga

 

Bunga sedang berkembang mekar dan cantic

 

Saya amat beruntung sebab dapat pegang bunga rose paling mahal di dunia iaitu ROSA DAMASCENA

 

Pemandangan di sana subhaanALLAH, tak dapat digambarkan dengan perkataan

 

Lepas emirgan korusu, kami amik masa kejap bergambar di pesisir selat bosphorus, sebelum bergerak ke kedai barangan kulit berjenama di Istanbul. Di sana semua harga USD. Paling murah pun 300usd.. fikir banyak kali jugak nak beli tu sebab kami bukan jenis pakai sangat barangan kulit

Lain lah kalua arwah ayah masih ada, mesti ayah suka dapat barangan kulit.

 

Lepas shopping, kami pergi lunch di restoran di pesisir selat bosphorus

Masa tengah makan ada pulak dato bandar Istanbul pun makan situ

Betul2 vip level layanan yang Shaklee bagi

 

Selepas lunch, kami dibawa ke grand bazaar

Saya tak berapa suka sebab banyak pintu dan ramai betul orang

Kay sini senang tersesat

Tipsnya kalua berjalan berkumpulan, jalan terus aje jalngan masuk lorong2 supaya tak pening pintu mana masuk pintu mana nak keluar

Turki banyak scammer juga

Jangan cuba sembang2 dengan sebarangan orang

Lepas shopping di grand bazaar

Kami balik awal ke hotel sebab nak dinner naik cruise malam tu

Jam 5 petang kami dah kena bersiap

Best sangat naik cruise tu

Nasib kami sangat baik sebab masa naik cruise tu ad 2 dolphins berkejaran

Kata bert, mengikut kepercayaan orang turki, itu petanda rezeki berlimpah ruah. Sangat jarang orang dapat tengok dolphins di selat bosphorus

Selesai dinner, kami balik ke bilik dan tidur

Esok dah nak berangkat ke madinah

Alhamdulillah Jadilah 2 hari kat Istanbul

Walaupun sekejap tapi sangat best

Apatah lagi dapat trip free pulak tu

Sekianlah catatan Pengalaman Bercuti Ke Istanbul Dengan Trip VIP Tajaan Shaklee.

Tips dari bert untuk melawat Istanbul dengan selamat :

Bahasa inggeris bukan Bahasa yang common di turki, maka Pastikan berkomunikasi hanya dengan pemandu pelancong yang dilantik

Istanbul adalah bandar yang padat dengan penduduk istanbul dan pelancong, anggrana 17 juta manusia ada dalam Istanbul

Bila nak shopping, pastikan bargain / tawar menawar dulu. Jangan terus bayar. Terutama di grand bazaar

 

 

Cadangan makanan :

Grilled halloumi cheese

manchego cube cheese in olive oil

ayran

pita bread with tomatoes and beef

salted grilled beef

Ais krim kocok turki. Sedap sangattt

 

 

Tempat menarik :

Masjid biru

Hagia Sophia (beli souvenir postcard di sini)

Spice market (lagi tenang dari grand bazaar)

Grand Bazaar

Emirgan Korusu

 

 

 

 

 

Pengedar Shaklee Seremban : COD Vivix, COD Shaklee Seremban & Daftar Ahli Shaklee

Pengedar Shaklee Seremban : COD Vivix, COD Shaklee Seremban & Daftar Ahli Shaklee

Pengedar Shaklee Seremban dan Stokis Shaklee Seremban Untuk Warga Seremban COD Shaklee Di Seremban serta COD Vivix Shaklee di seluruh area Seremban dan kawasan berdekatan termasuk Senawang, Sikamat, Ampangan dan Port Dickson boleh hubungi Khassaf Fazira : Call 012-3925038 atau Whatsapp www.wasap.my/60123924021

Pengedar Shaklee Seremban, Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Vivix, Stokis Vivix Shaklee, Stokis Vivix, Harga Vivix Shaklee, COD SHAKLEE SEREMBAN

Pengedar Shaklee Seremban, Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Vivix, Stokis Vivix Shaklee, Stokis Vivix, Harga Vivix Shaklee, COD SHAKLEE SEREMBAN

Kenali Pengedar Shaklee Seremban Team SuperStarsFamily

Tuan Khassaf dan Puan Fazira adalah Pengedar Shaklee Seremban dan Stokis Shaklee Seremban yang sentiasa ada Ready Stock Produk Shaklee untuk di COD kepada warga Seremban dan Negeri Sembilan yang memerlukan Produk Shaklee untuk apa saja masalah kesihatan dari yang biasa-biasa sehingga penyakit kronik.

Puan Fazira ada kepakaran dan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang kesuburan dan juga kesihatan jantung. Malah beliau juga sangat mahir dalam bab kecantikan dan skincare.

Anda yang beli Produk Shaklee dari Khassaf Fazira akan dapat consultation percuma untuk Cara Makan Vivix Shaklee dan Cara Makan Produk Shaklee yang betul-betul berkesan.

 

Perlukah Ambil Supplement Bila Dah Ambil Makanan Seimbang? Apa Kata Doktor Ini

Perlukah Ambil Supplement Bila Kita Dah Ambil dan Makan Makanan Seimbang dan Berkhasiat setiap hari? Baru-baru ni katanya ada yang menimbulkan isu ini.

Dalam entry ini seorang Doktor yang berpengalaman dalam merawat penyakit eczema dan alahan iaitu Dr Hafiz Sulaiman ada menerangkan jawapan untuk isu : Perlukah Ambil Supplement Bula Dah Makan Makanan Seimbang

Jawapan doctor :

“MAKANAN SEIMBANG” CUKUP UNTUK KEPERLUAN VITAMIN DAN MINERAL?
————————————————————–

Hujah bahawa makan sihat dan seimbang sudah cukup untuk keperluan vitamin dan mineral sering digunakan untuk menafikan keperluan suplemen.

Saya sangat bersetuju.

Sangat setuju jika kita masih hidup di zaman 60-70an…atau kita mampu makan hanya makanan organik free range seperti di kampung.
.

# TANAH DAN TANAMAN
Tanah subur dan padat dengan nutrisi yang diserap ke dalam tanaman. Tanaman zaman moden bukan saja kurang nutrisi tetapi penuh dengan toksik persekitaran seperti pestisid dan logam berat.
.

# HAIWAN
Haiwan diberi makan tanaman dan rumput toksik ini. Lebih malang, haiwan livestock komersial yang dikurung dan diberi makanan dedak GMO dan tercemar, suplemen berbahaya digunakan 60tahun lamanya(rujuk kes Roxarsone keluaran anak syarikat farma Pfizer) dan juga antibiotik perosak perut.
.

# MANUSIA

Bila manusia makan, perut jadi rosak dek antibiotik dan bahan toksik dalam makanan hasil tanaman dan ternakan ini.

Perut yang rosak ni masakan mampu menyerap zat dengan baik? Ditambah pulak toksin persekitaran yang rosakkan perut dan sibukkan (dan rosakkan) organ detoks hati dan buah pinggang.

Saya beri contoh paling ketara:

* Bila perut rosak, asid perut jadi berkurang dan senang dapat refluks ( orang tua kata “sakit angin”. Asid perut penting untuk penyerapan:

1) Vitamin D
Penting untuk pelbagai fungsi imuniti badan, pencegahan dan rawatan alergi, detoksifikasi, menghasilkan genetik sihat serta penyerapan kalsium untuk kesihatan jantung dan tulang.

2) Magnesium
Penting untuk tidur, relaks, kawal gula darah dan kurangkan stres dan bantu penyerapan vitamin D. Penting untuk 300+ lagi tindakbalas biokimia dalam badan.

3) Vitamin B12
Ni vitamin “saraf dan tenaga” ni. Acu kita perati berapa ramai toknek, makcik pakcik..eh orang muda pun yang ada masalah kebas-kebas..takde tenaga mengantuk sokmo.

4) Zat Besi.
Ramai orang tak cukup darah merah (hemoglobin) sebab zat besi susah serap lah sebab perut rosak..Ditambah lagi kekurangan vitamin C yang penting untuk.penyerapan zinc dan zat besi.


…..

Jadi apa saya nak kabo? Semua zat di atas adalah zat yang semakin hilang dari tanah. Semakin kurang dalam badan manusia.
DAH LA SUMBER KURANG,
PENYERAPAN PUN BERMASALAH.

Tak caya masyarakat kita kekurangan vitamin di atas?

Saya petik kajian tempatan vitamin D saja. Kajian Prof Hamid Jan et al. Saya dengar live presentation kajian beliau 5 tahun lepas. Kajian USM “Monsoon Study”.

# Didapati pekerja “indoor” (pejabat) kurang vitamin D berbanding “outdoor” (nelayan).
# Wanita kurang vitamin D berbanding lelaki.

Kajian USM Birth Cohort study juga menemui bahawa ibu mengandung dan menyusukan anak mengalami kekurangan bukan saja insufficient tetapi juga DEFICIENY vitamin D. Maksudnya sangat sangat rendah paras vitamin D.

.

Kajian-kajian ni selari dengan kajian tempatan dalam dan luar negara. Kekurangan vitamin D adalah isu global masyarakat moden. Ia selari juga dengan praktis saya dan kawan-kawan dalam bidang perubatan nutrisi..lebih 90% ujian vitamin D pulang dengan keputusan sama ada insufficient atau deficient. Tak caya korang test.

.
Kalau pakar nutirisi Malaysia tak cukup, kita lihat rekomendasi American Academy of Pediatrics (AAP).

“SUPLEMENLAH 400iu vitamin D SEJAK LAHIR!”

.
Lebih meningkat usia, lebih tinggi keperluan suplemen vitamin D terutamanya ibu mengandung dan menyusukan anak.

.
Kalau taknak suplemen, ambik lah daging, liver, ikan kembung atau minyak ikan kod sumber organik dan berjemur matahari pagi seperti sokmo saya sarankan. Mungkin mencukupi zat…jika perut kita kuat takde masalah sistem pencernaan @ ” masalah angin” yang berleluasa zaman moden ni

.

Kalau tidak ada amalan begini, suplemen lah…

Salwa Coach Bisnes Online Untuk Surirumah, Career Women, Students, [06.03.19 12:05]
setelah saya beri bukti-bukti fakta saintifik yang susah untuk dipertikaikan.

Segala overclaim dan overblame kepada suplemen mohon sertakan dengan bukti saintifik sebagai rujukan 😊

.

Mohon SHARE semoga sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada masyarakat yang parah masalah kesihatan kronik bermacam-macam.

FOLLOW saya set SEE FIRST saya coach kesihatan yang mendapat training perubatan pemakanan dan functional akan sentiasa berkongsi pengalaman dan sumber rujukan saintifik insha Allah.

.
.

Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan
Eczema and Food Intolerance Guru

https://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://ilsisea-region.org/wp-content/uploads/sites/21/2016/06/04-Hamid-J-VitD-in-breastmilk.pdf&ved=2ahUKEwj8u6K4xuzgAhUJ6XMBHbs9CRwQFjAAegQIBhAB&usg=AOvVaw0pygZTd-ZuoL7CJ7dzK6fW&cshid=1551844312127