Cara Solat Sunat Dhuha dan Maksud Doa Solat Dhuha

Cara Solat Sunat Dhuha dan Maksud Doa Solat Dhuha

Menurut ulama’ solat dhuha ini adalah banyak manfaatnya untuk kesihatan sendi dan otak. Antara manfaat solat dhuha yang jarang orang sebut ialah : ELAK NYANYUK
Waktu Solat Sunat Dhuha

Waktu Solat Sunat Dhuha

 
 
 
 
Lazimnya bila cakap pasal solat dhuha orang cakap pasal kaya dan rezeki = ini pun sangat betul
 
Ada ulama’ yang mengatakan, bila solat dhuha 2 rakaat, terangkat 1 halangan rezeki, lagi 2 rakaat, terangkat lagi satu halangan
 
begitulah digalakkan solat sunat dhuha samada 2 rakaat, 4 rakaat, 6 rakaat, 8 rakaat atau 12 rakaat (maksimum)
 
saya personally ada kenal ustaz yang amalkan solat dhuha 12 rakaat, beliau memang tak kerja,beliau kerja full time dengan ALLAH ie: hanya dakwah saja, tapi mashaaALLAH rezeki berlimpah ruah. :)
 
 
 
 

Cara Pelaksanaan Solat Sunat Dhuha

 
 
 
 
waktu ; between jam 8 pagi – 11 pagi
 
 
 
 
 
 
 
 
niat (masa angkat takbir, niatkan dalam hati : Aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH)
 
 
 
 
 
 
 
 
rakaat pertama : al Fatihah dan surah As-Shams
 
 
 
 
kalau tak reti baca surah as-shams, baca je surah yag kita reti
 
 
 
 
 
 
 
 
rakaat kedua : al Fatihah dan surah ad-dhuha
 
 
 
 
 
 
kalau tak hafal, baca je surah yg kita tau
 
 
 
 
 
 
 
 
lepas habis solat boleh baca doa ni :
 
 
 
 
(ni versi panjang yang saya hafal, bukan versi nasyid tu, versi ni yang diajarkan masa sayasekolah pondok)
 
 
 
 
 

Maksud Doa Solat Dhuha

 
 
Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu 
 
Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, maka turunkanlah ia
 
dan jika ada di dalam bumi, maka keluarkanlah ia,
 
dan jika di dalam air maka timbulkanlah ia
 
dan jika ia lambat maka segerakanlah ia sampai padaku,
 
dan jika ia sukar maka mudahkan dan senangkanlah ia untuk sampai kepadaku,
 
Jika masih jauh maka dekatkanlah
 
dan jika haram sucikanlah
 
dan jika ianya sedikit maka banyakkanlah ia untukku
 
kemudian berkatilah ia untukku
 
 
dan sampaikanlah rezeki2 itu kepadaku , jangan jadikan aku yang mengejar dan pergi kepadanya
 
 
dan jadikan tanganku tangan di atas dengan member kepada yang memerlukan, dan jangan jadikan tanganku tangan yang dibawah yang meminta2….
 
 
Sesungguhnya wahai ALLAH ENGKAU lah yang berkuasa di atas setiap sesuatu
 
 
 
 
Dan Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh
 
 
kemudian kalau nak buat 4 rakaat, ulang lagi 2 rakaat macam di atas..
 
 
selamat beramal dan semoga bermanfaat :)
Akhirnya selepas 7 bulan IMKK dan RKMJ

Akhirnya selepas 7 bulan IMKK dan RKMJ

Bismillahirrahmanirrahim

Sejak dari Jumaat nak menulis di FB tentang ini tapi postpone untuk Monday’s post (today lah)

Finally selepas 7 bulan menghadiri IMKK dan selepas 6 bulan menghadiri RKMJ

Baru sekarang ALLAH tunjukkan bagaimana saya boleh share dan manfaatkan ilmu itu untuk maksimumkan potensi diri anak didik saya

  • Bagaimana untuk menggembleng 4 elemen utama dalam diri manusia agar keluar potensi diri sebenar
  • Bagaimana untuk SWITCH emotion immediately dari mandom ke positive
  • Bagaimana untuk get back into track bila suara hati kecil mula kuasai diri
  • Bagaimana mahu programkan minda bawah sedar agar menjadi habit yang menguntungkan diri di dunia dan di akhirat

semua ini perlukan ilmu, saya tidak pernah belajr tentangnya tahun lepas, namun tahun ini ALLAH gerakkan saya untuk hadiri majlis ilmu berkenaan perkara-perkara di atas

saya ambil masa yang agak panjang untuk mengolah ilmu yang dipelajari dari sesi saya bersama DAO serta pengalaman dealing with humans and emotions, untuk keluarkan inshaaALLAH yang terbaik dari diri saya sendiri

Semuanya berlaku tak dirancang langsung, Khamis lepas sewaktu saya sedang coaching seorang anak Shaklee yang punyai isu peribadi

saya tiba-tiba boleh mengolah semula apa yang pernah saya pelajari 7 bulan lepas untuk menjelaskan bagaimana dan kenapa berlaku begitu dan apa yang kita boleh buat untuk control dan akhirnya kuasai  keadaan itu

 

IMKK RKMJ Dr Azizan

 

saya kini jelas sangat kenapa orang berjaya seperti para billionaire dan multimillionare punyai satu ‘habit’ yang kelihatan seperti ’emotionless’
hakikatnya mereka bukan emotionless

tetapi mereka memilih untuk FOCUS kepada solution

bukan FOCUS kepada emosi dan masalah
untuk menjadi seorang yang FOCUS kepada solution ini bukanlah satu perkara yang mudah semudah kita bercakap : FOCUS to solution

ia perlu pemahaman jelas tentang 4 elemen utama manusia untuk kita faham di mana kita boleh tweak agar berlaku instant SWITCH pada seorang individu

Saya amat berterima kasih kepada Dr Azizan Osman atas segala ilmu yang saya pelajari sepanjang menuntut ilmu dalam IMKK dan RKMJ. Saya amat berasa bertuah kerana dipilih ALLAH untuk menghadiri IMKK dan RKMJ, di mana niat asal saya hadiri IMKK pada waktu itu adalah untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik agar saya dapat memberi manfaat kepada semua anak Shaklee dalam organisasi saya dan kepada semua manusia

 

yet, saya hanya boleh GUIDE dan kongsi ilmu yang pernah dipelajari

its on my progeny to practice and to consistent practicing all the ilmu
Hari ini adalah hari Isnin

dan hari Isnin adalah hari yang sangat baik untuk memulakan sesuatu yang baru

saya doakan anda semua kaya dan berjaya, sihat dan bahagia sepanjang hayat, di dunia dan di akhirat

 

 

amiiin

 

 

P/S : video salah satu lagu yang sellau dipasang semasa sesi menulis impian dalam IMKK dan RKMJ

 

 

 

Menghayati erti pengorbanan dalam sambutan Aidil adha

Esok hari raya korban

jika ada yang notis, takbir hari raya korban berlangsung selama 3 hari berbanding hari raya aidilfitri hanya 1 hari

apakah simbolik dari takbir 3 hari untuk aidil adha ?

Pengorbanan – adalah sesuatu yang dituntut dan diraikan di dunia dan mendapat ganjaran besar di akhirat

Persoalannya adakah kita ada membuat pengorbanan untuk layak meraikan hari raya korban selama 3 hari ini?

Pengorbanan itu bukanlah sembelih korban lembu dan kambing, ibadah korban adalah simbolik pengorbanan seperti yang berlaku pada peristiwa nabi Ismail nak disembelih nabi Ibrahim (pengorbanan)

yang akhirnya ALLAH ganti dengan sebelih kibas (sibolik pengorbanan nabi Ibrahim yang redho berkorban anaknya nabi Ismail),

tapi berkorban dalam konteks kehidupan kita zaman hari ini ialah berkorban untuk keluar dari keselesaan comfort zone untuk jadi hamba ALLAH yang lebih baik

berkorban bebaskan diri dari suka beralasan
berkorban bebaskan diri dari sikap malas
berkorban bebaskan diri dari sifat nak spoon feed sokmo
berkorban bebaskan diri dari sifat mazmumah!!

kalau masih seronok berenang gembira dalam comfort zone,banyak alasan, malas, nak bersuap sentiasa, apatah lagi sifat mazmumah seperti ujub, riyak, takbur, iri hati, dendam, mengumpat, memfitnah, menghasut

agaknya kita layak ke diraikan sebagai seorang yang berkorban lillahi ta’ala dengan laungan takbir 3 hari bermula esok?

umpama orang yang tak solat dan tak berpuasa sepanjang ramadhan tapi paling excited nak beraya aidilfitri

pelik ke pelik namanya?

—-

Muhasabah, agar bangkit jiwa yang lena dibuai mimpi dalam matrix ciptaan dajjal

Tips Beranakkan duit sampai berpinak by the genius Raja Kamil

Antara IM yang saya masih follow dari zaman saya zero dalam bidang bisnes internet sehingga ke hari ini adalah tuan Raja Kamil. Bagi saya beliau sentiasa ada idea yang fresh dan out-of-the-box tentang pelbagai perkara termasuk kehidupan secara keseluruhan, kewangan dan marketing of course!.

Semalam di wall Facebook beliau, Raja Kamil telah berkongsi satu Tips untuk memberanak pinakkan wang. Tips beliau amatlah relevant dan APPLICABLE buat kami yang setiap hari masak dan makan di rumah dan juga BERKERJA mencari rezeki dari rumah.

 

Saya copy dan paste status berkenaan untuk di abadikan dalam blog ini untuk rujukan saya dan suami.

 

Duit Beranak Pinak
(Khas untuk usahawan)
————————–
1. Beli barang dapur, cukup untuk 10 hari.
2. simpan semua kad ATM/Bank
3. Jangan keluar duit, jangan tengok baki akaun bank
4. keluar duit siap-siap untuk minyak
5. bayat tol guna touch n go
6. buat untuk tempoh 10 hari
7. bila customer bank in, boleh cek duit masuk, tapi jangan cek berapa baki
8. tangguhkan travel ke hari lain, sebolehnya elakkan travel dalam tempoh ni
9. bisnes buat macam biasa.
10. jangan belanja apa-apa dalam tempoh ni, walaupun sebiji gula-gula
11. selepas 10 hari, cek akaun anda
12. sepatutnya, ada banyak pertambahan berbanding 10 hari sebelum ni

Bincang
————
1. income masuk macam biasa
2. yang anda ubah ialah, aliran keluar
3. jika sebelum ni, kadar aliran keluar wang anda adalah RM3 seminit
4. sekarang, mungkin diturunkan ke RM1 seminit
5. duit lambat keluar + income = duit banyak tersimpan
6. duit lambat keluar + income laju = duit banyak giler tersimpan

Tak percaya?
Cubalah ……..

Saya pernah buat selama 50 hari.

 

Selain dari Tips ini, sebelum ini RK turut pernah berkongsi berkenaan bagaimana nak ‘PUSH’ diri agar menyimpan lebih banyak dan menggunakan modal insan yang ada untuk hasilkan pendapatan harian untuk kegunaan sehari-hari

 

 

 

ok yang ni saya terpaksa guna bahasa sendiri sebab saya tak dapat korek di wall FB beliau.

 

 

 

Kata RK :

 

Simpan semua wang dalam Tabung Haji dan lihat bagaimana anda akan terkejut dengan kebolehan diri sendiri untuk mendapatkan hasil setiap hari

 

 

eheheh

 

lebih kuranglah ye

 

 

kalau ikut undang-undang ilmu hadith, FAIL terus saya untuk jadi perawi hadith

 

hehehe

 

ok back to topic

 

saya berkenan betul dengan kedua-dua idea

 

 

nak taknak mulai bulan ni memang TERPAKSA PAKSA DIRI untuk keluarkan apa yang ALLAH dan equipped diri ni untuk penuhi keperluan hidup dan bayar hutang of course

 

 

 

semoga perkongsian ini bermanfaat

 

 

jumpa lagi dalam sesi copy-paste akan datang

 

 

Assalamualaikum :)

 

 

Kejayaan atau Penyesalan : Manakah pilihan kita?

Salam pagi Rabu penuh biru dan dingin bak salju buat anda semua.

Bangun pagi ini, apa pilihan yang kita buat?

Tidur balik kah?

Mandi atau tidak mandi kah?

Gosok gigi atau tidak kah?
Solat atau tidak?
pergi ekrja atau lepak di rumah?

Apa pilihan yang anda buat hari ini sejurus anda buka mata?
Ia adalah pilihan kita

Keistimewaan manusia adalah kerana kita BEBAS MEMILIH :)
Malaikat tidak boleh memilih

malaikat ditakdirkan sentiaa baik dan beribadah serta berzikir
Syaitan tidak boleh memilih,

Syaitan ditakdirkan sentiasa jahat dan menyesatkan manusia pula
Tetapi kita boleh memilih
sama ada kita mahu menjadi baik atau sebaliknya

sama ada kita mahu berjaya atau gagal
sama ada kita mahu kaya atau miskin

sama ada kita mahu rumah banglo atau rumah setinggan
sama ada kita mahu sedekah RM1 atau RM1 JUTA

semuanya adalah pilihan kita

kerana

Kita tidak pernah melihat catatan masa depan atau takdir kita yang telah ALLAH tulis di dalam luh mahfuz
Kerana itu ALLAH rahsiakan

agar manusia BERIKHTIAR SEBAIK2NYA melalui amal soleh (solat dan doa) agar ALLAH memberi takdir yang baik kepada kita

panjangnya bebel pagi2
soalan mudah :

hari ini sudahkah kita pilih?

Nak berjaya atau nak menyesal?
sebab apa kita pilih hari ni
hasilnya akan diperolehi di masa hadapan :)

 

 

Because Success is a CHOICE, So is REGRET :)

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur Cheras Ampang

p/s : Kerana ALLAH tidak pernah menzalimi hambaNYA :)