Closing Shaklee August 2014 yang MAGIKA

Alhamdulillah berlabuh sudah tirai August 2014. Semalam Closing Shaklee untuk bulan August 2014 berlaku dalam keadaan penuh mendebarkan dan berakhir dengan penuh MAGIKA. Alhamdulillah.

 

Shaklee

 

Jujurnya bulan August adalah bulan yang sangat mencabar bagi bisnes Shaklee. Bukan saya sahaja yang merasai sedemikina. Hampir semua sahabat seperjuangan Shaklee yang saya jumpa mengadu isu yang sama.

Boleh dikatakan, bulan August adalah bilan yang paling menguji kecekalan dan ketabahan Pengedar Shaklee. Termasuklah saya. Bulan lepas, saya rasa sangat ‘berat’ melihat seorang demi seorang anak Shaklee saya yang mengadu betapa mereka merasai impak dari fitnah dan spekulasi yang diwujudkan oleh orang awam terhadap Shaklee.

 

Saya sebagai seorang leader amat memahami perasaan mereka. Saya turut merasai kesedihan dan kekecewaan mereka. Setiap kali mereka mengadu, saya hanya boleh memberikan cadangan :

Kita di pihak teraniaya, gunakan position ini baik2, sebab kita dengan ALLAH takde hijab saat ini, mintalah yang baik2, yakinlah pasti ALLAH bagi, ini janji ALLAH.

 

Saya sedar, kata-kata memang mudah diucap. Namuns aat diuji, kita sebagai manusia memerlukan bahu untuk menangis. Kami Pengedar Shaklee yang ikhlas berkongsi tentang kebaikan Shaklee dengan niat nak bantu orang sihat, bila ditekan dengan tekanan melampau oleh haters dan juga opportunist yang suka menangguk di air keruh, tentulah sebagai manusia biasa kami turut terkesan.

Saat hati amat sedih dengan pelbagai mehnah, ALLAH memberikan penawar melalui status FB yang saya dapati dari wall page Ustaz Nuruddin :

 

Jika tiada bahu untuk menangis,

lantai selalu ada untuk terus bersujud.

tunduklah di saat yang lain angkuh,
teguhlah di saat yang lain rapuh,

ALLAH….rasa sangat terubat perasaan ini, maka dengan semangat yag dititipkan ALLAH, kami Pengedar Shaklee terus berusaha berkongsi kebaikan. Saya selalu sebut kepada anak-anak Shaklee saya : We will fight until 23:59 midnight.

Ternyata ALLAH mengkabulkan doa saya

saat saya siap closing august pada jam 11 malam, saya masih tidak menutup laptop sebaliknya melihat-lihat UV anal-anak mana tahu ada yang boleh saya bantu untuk tingkatkan bonus mereka. Jam 11.57 minit malam, saya sengaja check GE breakaway leaders….

ya ALLAH….terkejut sangat saya, 3 orang leader saya yang sebelum ini tidak nampak bayang pun akan effective, alhamdulilah ebrjaya effective dengan cemerlang

ya ALLAH

saya rasa nak menangis, tapi ada suami saya berdekatan, saya segan…jadi saya control….tapi dalam hati, rasa sangat syukur kepada ALLAH, saya tak henti2 ucap alhamdulillah. Anak saya umpama dapat sense keterharuan saya, beliau memeluk saya sambil berkata, tahniah ibu

alhamdulillah

benarlah jika kita tidak berputus asa dengan ALLAH, ALLAH pasti berikan apa yang kita perlukan dan mahukan

Tahniah buat semua anakanda Shaklee mami.

Sekarang dah bulan September

inshaALLAH bulan ini kita akan kembali SPECTACULAR

dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim

saya buka September 2014 dengan :

Shaklee Super Supreme September

#Shakleesupersupremeseptember

Shaklee September 2014 Promo Offer

Cerita Sabun Aura Shower Gel Bath Himalayan Salt…panjangnya nama

Cerita Sabun Aura Shower Gel Bath Himalayan Salt…panjangnya nama

Shower Gel Bath Himalayan Salt – panjangnya nama, saya panggil sabun aura je..hehehe

sabun aura ni saya dapat masa saya pergi class pemantapan aura di shah alam

balik dari class tu saya tak pakai pun sabun ni

 

gel mandian aura

 

 

sampai la sabun kat rumah habis baru teringat ada sabun ni…emergency punya kes, saya pun guna lah
pengalaman saya guna mula sekali impression saya ialah : Bestnyaaa…wangiiii bau lavender + bau garam himalaya

saya pakai sabun ni dari kepala sampai kaki

maksudnya jadi macam shampoo jugak

bila mandi garam aura dan sabun aura shower gel Himalayan Salt ni, effect positive yang saya dapati ialah

  • emosi lebih stabil
  • senang bangun pagi
  • senang bangun tengah malam untuk pegi kencing
  • kalau anak2 ber wrestlingan, kalu dulu saya akan jadi tarzan, sekarang lebih tenang alhamdulillah

kalau mandi dengan shower lagi rasa ALPHA SANGAT2

kesannya SIGNIFICANT sebab saya consistent mandi garam sejak IMKK, masa putus mandi garam memang rasa lain

bila sambung dengan gel mandian ni

rasa sama dengan mandi garam

dan yang saya suka

anak mudah nak celik mata (betul2 sedar bila bangun, tak mamai2) lepas mandi pakai ni, boleh bangun awal dan pegi masjid subuh2

 

bi iznillah le semua itu yeeee

 

dan asal kisah gel sabun aura ni

saya ni terjumpa founder yang buat sabun ni

MUSLIM di Terengganu
saya excited lalu saya share di FB
subhanALLAH ramai yg nak jugak shower gel atau sabun aura ni…
meh saya share :

Harga RM35

poslaju RM9
botol 500ml

ada yang nak lagi?

call penjualnya tuan Ithnin 0133101221

terima kasih sebab bagi peluang saya share sabun ini dengan kawan2

 

 

 

 

 

Pengalaman menyertai Perhimpunan Aman Gaza

Pengalaman menyertai Perhimpunan Aman Gaza

Alhamdulillah Sabtu lepas ALLAH izinkan kami untuk menyertai ribuan rakyat Malaysia yang lain untuk berhimpun secara aman di Dataran Merdeka untuk menyatakan bantahan terhadap pengganas israel di bumi Gaza, Palestin.

 

 

Kami bergerak dari rumah menaiki teksi dalam jam 1.50 petang. Alhamdulillah sampai ke Dataran Merdeka dalam 2.00 petang. Waktu tu ta ramai orang. Kawan kami Ila dari Banting bertolak lagi awal dari kami dan stand-by di Sogo (bunyi cerita macam perhimpunan BERSIH pulak…hihihi).

Perhimpunan Aman GazaIMG_8167

 

Kami pergi berdua je, tak bawa anak sebab kami expect cuaca panas….dengan orang ramai yang dijangka turun. Oleh kerana sampai awal, banyak sangat gambar yang kami dapat snap…alhamdulillah. Placards disediakan oleh pihak penganjur untuk semua hadirin acara ini.

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8162

 

Lama juga kami duduk di Dataran Merdeka tu sebelum crowd mula datang memenuhi padang. Masa sembang, ada yang datang dari Pahang, Terengganu, Singapore, dari Thailand pun ada. Kagum sangat dengan semangat mereka yang sanggup turun dari jauh.

 

 


Perhimpunan Aman GazaIMG_8163

 

Orang tak ramai, semua pun bertegur sapa dan berkenalan antara sesama hadirin.Alhamdulillah tanpa dirancang silaturrahim telah dibentuk melalui event ni.

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8164

 

The Stage

 

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8165

 

Orang mula ramai datang ke Dataran Merdeka

 

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8170

Sekumpulan student yang hadir membawa placards sendiri.

 

 

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8173

Banner yang list kan semua produk/brand yang support israel.

 

 

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8178

Group of beautiful ladies yang memakai shawl bertemakan bendera Palestine. It is beautiful shawl. Kata mana agaknya nak dapatkan shawl gini ya?

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8187

He caught my eyes….salah seorang peserta perhimpunan dari kumpulan OKU. sanggup turun untuk menunjukkan sokongan walau di tengah terik matahari.

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8199

Me and my best friend since i was 13, alhamdulillah. Now she is a successful beautiful lawyer.

 

 

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8207

If you think only Muslim participate in this rally and support Gaza, think it again.

 

 

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8211

 

Orang dah sangat ramai, penuh Dataran Merdeka, dan hari sangat terik. Paramedic beri peringatan untuk minum air setiap 10 – 15 minit untuk elak dehydration. Alhamdulillah kami bawa 3 tumbler air siap-siap dari rumah.

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8215

Ucapan dari pelajar PhD yang berasal dari Gaza. Beliau sebak semasa menuturkan tentang betapa sukar mereka nak bina sebuah rumah di Palestine, dan biasanya dalam sebuah rumah dihuni oleh 30-40 orang ahli keluarga.

 

Bila israel bom rumah tu, hampir keseluruhan ahli keluarga syahid. ALLAHu akbar…sedih sangat….Kata beliau, israel memang buat genocide dan fokus untuk hapuskan seluruh warga Palestine tak kira agama sebab mereka nak tanah Palestine keseluruhanya.

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8217

Seorang ibu yang berasal dari Palestine. Beliau bertutur dalam English dengan sangat lancar dan bersemangat. Tiada nada sedih dalam suaranya melainkan getar semangat berkobar-kobar.

 

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8222

 

Dr Hafidzi dari Aqsa Syarif (baju putih). Merupakan seorang yang saya kenali sebelum saya mengenali Aqsa Syarif. Beliau sebenarnya seorang pesakit yang menjalani rawatan dialysis setiap minggu.

 

Tapi lihatlah, penyakitnya tidak menghalang beliau untuk melibatkan diri dalam membantu umat ISLAM di Palestine. Dalam banyak-banya speaker, beliaulah yang paling bersemangat…

 

ya ALLAH berdiri roma masa beliau berucap…rasa kerdil sangat diri ni…apalah yang diri saya yang sihat segar bugar lagi gemuk ni lakukan untuk umat ini berbanding dengan beliau dan ramai lagi mujahidin dalam arena ini….

 


Perhimpunan Aman GazaIMG_8224

Faizal Tahir sangat bersemangat melaungkan BOIKOT disamping bertakbir

Perhimpunan Aman GazaIMG_8235

Peserta bersurai

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8236

Masa nak balik nampak Mat Luthfi berlari dengan kawan dia….kami pun ligan dia…hehehe…cek nak bergambaq buleh? Senyum ka Mat Luthfi

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8237

 Sorang pejam mata, sorang tak nampak mata tertutup dengan mafla

 

 

 

Perhimpunan Aman Gaza10576996_797930860238364_8064603039898646761_n

 

Gambar paling precious : saya diberi peluang oleh ALLAH untuk bergambar dengan keluarga Palestine ini. Ibunya amat bersemangat waja begitu juga dengan anak sulungnya (tiada dalam gambar) yang mengatakan kepada saya : Nanti dah besar saya nak balik Palestine untuk berjuang menentang israel penjajah….

 

Anak ibu ini yang saya pegang itu, beliau telah kehilangan pendengaran kedua0dua be;lah telinga akibat terdengar letupan yang amat kuat. Di telinganya ada alat bantuan pendengaran untuk orang yang melalui prosedur cochlear implant….namun ibunya sangat bersemangat semasa menceritakan….tiada riak duka langsung….

 

Saya waktu tu terkelu….biasa saya ingat orang Palestine ni mereka pasti berduka dan sedih. Ternyata saya salah. Mereka sangat kental dan bersemangat, tiada riak takut di wajah mereka. Mereka sungguh memerlukan bantuan kita iaitu dalam bentuk :

 

HENTIKAN BANTUAN KEPADA ISRAEL DAN SALURKAN BANTUAN KEPADA PALESTINE.

 

 

Lihat perkataan DAN di situ…jika anda belajar Matematik anda pasti pernah dengar ilmu logic mantik yang mana perkataan DAN bermaksud perlu berlaku kedua2nya, bukan salah satu.

 

So teruskanlah boikot sedaya mampu kita.

 

Kalau nak dibandingkan orang Malaysia dengan mereka di Palestine, setelah saya melihat sendiri orang-orang Palestine ni, berani saya katakan, kita menang tidak setanding mereka. Sebab itu mereka yang terpilih untuk melalui ujian syahid ini. Kita ini masih muda dan mentah dari segi semangat perjuangan

 

Banyak yang perlu kita belajar dari perjuangan mereka di sana. Kerana tak mustahil kita juga akan melalui keadaan begitu. Kalau kita tidak persiapkan diri sekarang, terutama dari segi hablumminaALLAH, sekiranya berlaku apa-apa, adakah kita bersedia untuk berjuang dan ultimately untuk …… mati?

 

 

 

Semoga perkongsian saya ini bermanfaat buat diri saya dan pembaca.

 

Mohon maaf atas segala kekurangan

 

Astaghfirullah al azhim

 

wALLAHu a’lam

 

 

 

Solat Itu Tiang agama, Solat itu akaun akhirat

Solat Itu Tiang agama, Solat itu akaun akhirat

Solat itu satu penghubung kabel antara kita dan Allah swt. Solat itu tiang agama. Solat itu tonggak kepada agama. Apa itu agama? Satu sistem kehidupan.

Bila solat itu tiang agama bermaksud solat itu penyambung dan pembeza antara mereka yang ada Islam dengan tidak.

Orang yang tidak solat, mereka tidak memiliki kehidupan. Addin atau agama itu adalah jalan kehidupan. Sekaya mana pun harta dia tetapi bila tidak solat, maka dia telah memotong hubungannya dengan Allah swt. Orang yang tidak solat, dia menjadi orang yang mengejar dunia.

solat

Orang yang kaya tidak semestinya cinta dunia tetapi cinta dunia tidak semestinya kaya. Perbezaan nyatanya adalah Solat.

Orang yang cinta dunia tidak semestinya orang yang berharta. Contohnya orang yang sanggup tidur daripada bangkit solat berjemaah suboh, itu adalah contoh orang yang cinta dunia, dia lebih sayang bantal dan tilamnya daripada mendirikan agamanya dengan solat.

Dunia ini ibarat bangkai dan yang akan menggilakannya adalah anjing-anjing. Jika dapat ianya tidak pernah cukup dan perlu berebut tetapi jika tidak dapat dia akan menggila.

Yang membezakan kita adalah Solat. Kerana selagi kita solat, kita menjadikan solat sebagai TIANG kepada kehidupan kita. Allah swt menjadi matlamat kita di dalam segala yang kita lakukan di dalam dunia. Kita berusahalah untuk dunia tetapi ia mestilah bertiangkan solat.

Solat perlu menjadi kunci dan pintu utama sebelum kita melakukan apa sahaja dalam kehidupan.

Solat adalah pembersihan hati, akal dan luaran manusia.

Sesungguhnya sifat manusia diciptakan penuh dengan keluh kesah. Tamak dan lupa daratan KECUALI orang yang solat. Dan solat itu juga perlu dijalankan bukan hanya pada waktu solat, tetapi solat itu menjadi darah daging hati dan jasadnya. Dia sentiasa “standby mode” di dalam ingat (Solat) ketika waktu solat dan antara solat dengan solat.

Orang yang sebenar-benar solat akan mampu beradab bukan hanya kita dengan Allah swt tetapi antara kita dengan manusia dan makhluk lain.

Kalau kita mahu lihat hidup kita berkualiti, kita perlu belajar mendirikan solat yang berkualiti.

Beratnya dosa solat ini diibaratkan jika tinggalkan solat maghrib adalah dosanya seperti berzina dengan ibu sendiri. Jika tidak solat suboh, dosanya adalah seumpaman kita merobohkan Baitullah.

Barangsiapa menjaga hubungan Allah swt maka Allah swt akan menjaga hubungan dia dengan manusia.

– Kuliah Suboh Ustaz Abu Aswad Pagi Ini-

(Artikel di atas di salin dari status Official FB Page Dr Azizan Osman )

Satu analogi yang sangat indah yang diberikan oleh Ustaz Hassan Din Al-Hafiz berkenaan solat yang saya perolehi semasa menonton program di TV9 3 hari lepas :

Solat itu ialah akaun akhirat kita. Apabila seseorang solat, ia sedang membuka akaun akhirat yang bernombor 24434 untuk mengisi deposit amalan soleh untuk dikira pahala. Apabila seseorang tidak solat dengan cukup atau sempurna, maka nombor akaun solatnya tidak akan betul.

Contohnya jika tidak solat subuh, maka akaun solatnya bernombor 4434 di mana nombor akaun ini tidak valid di sisi ALLAH.

Nombor akaun akhirat iaitu solat yang valid hanyalah 24434. Oleh itu bila tiada akaun akhirat ini, segala amal soleh kita tidak akan di depositkan, ia akan wasted, terbuang tiada nilai.

Tak kira berapa banyak sedekah atau zakat kita, berapa banyak masjdi kita bina pun, ia tidak akan di deposit ke akaun akhirat, kerana akaunnya tidak wujud.

Perkara ini selaras dengan firman ALLAH dalam surah al-Kahfi ayat  103 & 104 yang bermaksud :

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?'(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan’.”

Inilah orang yang rugi. Dia merasa dirinya berada dalam kebenaran dan kebaikan. Walhal, selagi dia tidak beriman dan tidak menjaga solat, selagi itulah dia rugi. Pengakhiran bagi orang yang rugi, tidak lain dan tidak bukan adalah kesengsaraan di dunia dan neraka Allah yang amat azab. Na’uzubillah min zalik.

Disclaimer:
Semua yang dikongsikan di sini adalah kesimpulan apa yang dikongsikan sebagai sedikit perkongsian di sini, untuk belajar ilmu agama, anda dicadangkan belajar dengan mengadap guru yang benar dari ASWJ.

Perhimpunan Aman Selamatkan Anak-Anak Gaza

Perhimpunan Aman Selamatkan Anak-Anak Gaza

InshaaALLAH petang ni seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran berkenaan isu Gaza/Palestine akan turun beramai-ramai untuk menyertai Perhimpunan Aman Selamatkan Anak-Anak Gaza anjuran Aqsa Syarif  bersama-sama Viva Palestina Malaysia.

 

Semua rakyat Malaysia dijemput untuk bersama sokong penduduk Gaza dan mengecam serangan Zionis. Kita mengharapkan penyertaan paling kurang 10 ribu peserta. Bolehkah kita mendapat penyertaan sehingga 45 ribu seperti perhimpunan di Paris bahkan 100,000 seperti perhimpunan di London. Rakyat Malaysia mampu melakukannya.

Ayuh bersama perhimpunan yang dikendalikan oleh VPM (Viva Palestina Malaysia) dengan kerjasama Aqsa Syarif.

 

 

Perhimpunan Aman Gaza

 

Maklumat perhimpunan adalah seperti berikut :

  1. Tarikh : 2 August 2014, Sabtu (hari ini)
  2. Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia.
  3. Waktu : Jam 3 petang

Nota penting : Perhimpunan telah mendapat kebenaran / permit Polis dan juga DBKL.

Anda dibenarkan membawa placards yang memaparkan mesej berkaitan. Rujuk page : https://www.facebook.com/aqsa.syarif untuk maklumat terperinci.

 

Video wawancara Gazette bersama wakil Aqsa Syarif berkenaan Pehimpunan Aman Selamatkan Anak-Anak-Gaza ini :

 

 

 

 

Sedikit tips untuk menyertai acara perhimpunan seumpama ini :

 

  1. Bawa tikar lipat/mengkuang dan telekung solat – sejadah bagi wanita untuk memudahkan solat pada waktunya
  2. Bawa air mineral 500ml dalam beg untuk kekal hydrated. Minuman isotonic seperti Performance Drink Shaklee adalah lebih baik kerana electrolyte dalam isotonic membantu menghidrat tubuh lebih lama.
  3. Bawa kudapan ringan berkhasiat dan kurang garam seperti kacang cap tangan atau kerepek ubi untuk dikudap bila perlu.
  4. Jika membawa anak-anak, pastikan bekalan air untuk anak-anak juga ada.
  5. Tuala kecil
  6. Kipas tangan atau kipas kecil dengan bateri yang selalu orang guna kat stroller baby.
  7. Telefon yang telah di charge dengan bateri sepenuhnya.

 

 

 

Perhimpunan Aman Selamatkan Anak-Anak Gaza ini turut bakal dihadiri oleh artis terkenal seperti Afdlin Shauki seperti yang telah dimaklumkan di page Aqsya Syarif semalam.

Perhimpunanan Aman Selamatkan Anak-anak Gaza

 

 

 

 

Meneruskan Kemuliaan Ramadhan – Ustaz Hassan Din Al-Hafiz

Meneruskan Kemuliaan Ramadhan – Ustaz Hassan Din Al-Hafiz

Alhamdulillah hari ni ada rezeki menonton rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9. Biasanya saya tak pernah tengok rancangan ni, tapi pagi ni saja saya on TV. Rupanya sebab ada slot yang sangat menarik iaitu slot Ustaz Hassan Din AlHafiz bercakap tentang Meneruskan Kemuliaan Ramadhan.

562397_558618854159590_477572007_n

Saya menaip ni sambil menonton TV so saya dapat jot down dalam bentuk points sahaja, sebagai nota ingatan untuk diri sendiri yang mudah lupa ini.

 

  1. Kemuliaan/ kemurniaan Ramadhan – Ramadhan merupakan bulan yang mulia, masjid penuh, ibadah ditingkatkan
  2. Kemuliaan ini  perlu diteruskan pada bulan-bulan seterusnya
  3. Madrasah Ramadhan / University Ramadhan / Kuliyyah Ramadhan – tempat untuk kita belajar selama 30 hari untuk kita amalkan pada 11 bulan seterusnya
  4. Contoh, dibulan ramadhan umat islam ramai ke masjid, tapi kenapa lepas ramadhan masjid lengang. sepatutnya amalan ramadhan yg diamalkan i masjid diterurskan
  5. contoh – dalam ramadhan kita bertadarus – tapi masuk syawal utup, kenapa tak teruskan
  6. makan – makan boleh minium dan boleh berjimat cermat tapi masuk syawal terus hilang. ramadhan ajar ita makan sikit, sahur pun syarat untuk berkat. tapi masuk satu syawa tibai habis, sapu semua, perut pun pening.
  7. hiburan -masa ramadhan bleh stop amal
  8. rokok – orang yg merokok masa raadhan boleh suppress boleh tahan walaupun dia heacy smoker, tapi masuk syawal, kembali sehari 2 bungkus. sepatutnya boleh berhenti terus
  9. sedekah ke anak yatim, dan semua sedekah, ramadhan je sedekah dan baik dengan anak yatim , lepas ramadhan takde
  10. bawa apa yag kita belajar dalam ramadhan ke bulan seterusnya
  11. ada 3 jenis manusia dalam ramadhan
    1. 1) berpuasa dan beribadat
    2. 2) berpuasa tapi takde ibadat – tak terawih, tak solat langsung
    3. 3) tak puasa tapi mengaku puasa
  12. ramadhan mengajar kita banyak perkara yang sepatutnya kita amalkan sepanjang tahun
  13. walaupun banyak amalan praktikal yg ALLAH syariatkan tapi kita tak amik hakikat hikmah / pengajaran disebalik amalan itu. dalam ibadah yg allah syariatkan banyak pengajaran, tapi kita tak amik
  14.  contoh kalau org mesia gi mekah, tapi kita tak nampak pengajaran
  15. macam mana nak istiqomah? firman allah  : org yg istiqomah, malaikat akan datang merahmati dia. practice dah 30 hari…apa yg kita berlatih sepanjang ramadhan (qiyam, derma, puasa sunat)
  16. kena belajar unuk fikir dan imbas semula cara kita masa dalam bulan Ramadhan,contoh fikir balik masa ramadhan kita makan sikit, kenapa raya nak makan banyak
  17. raya bukan sebulan. tapi raya 1 hari sahaja…ada hadis mafhumnya : bagi org yang berpuasa kegembiraannya ada 2 : semasa berbuka( semasa raya) dan semasa balik bertemu ALLAH
  18. erti istiqomah : bersungguh2 melaksana amalan ibadah, ada ulama cakap : terus menerus melakuan ibadah
  19. fikir banyak pahala – kita solat belum tentu ALLAH terima atau ada pahala, sebab tu ita doa. orang yang solat, ia buka akaun akhirat no acc 24434, bila ada akaun akhirat, barulah masuk semua pahala ibadah…kalau tak betul solat…tak betul no account, so takleh masuk pahala

 

 

Huwaaa nampaknya kena edit bagi elok, senang nak baca, tapi saya publish je la dulu, ada masa nanti sya edit..hihihi